Judul : Empat lelaki rogol pelajar 15 tahun direman enam hari
link : Empat lelaki rogol pelajar 15 tahun direman enam hari
Empat lelaki rogol pelajar 15 tahun direman enam hari
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Empat lelaki direman enam hari selepas didakwa merogol secara bergilir-gilir seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah pangsapuri di Bandar Seri Putra, Kajang dekat sini minggu lalu.
Kejadian tersebut berlaku pukul 10 malam Khamis minggu lalu ketika mangsa bersama keempat-empat suspek yang dikenali berumur antara 14 hingga 21 tahun di pangsapuri tersebut.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, perkara tersebut disedari ibu mangsa seminggu selepas kejadian itu setelah terbaca melalui aplikasi WhatsApp di telefon milik mangsa.
“Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa.
“Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah D7, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan kesemua suspek terbabit pada Rabu lalu di sebuah pangsapuri di kawasan Bangi bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
“Katanya lagi tiga daripada mereka merupakan rakan mangsa, dan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
Demikianlah Artikel Empat lelaki rogol pelajar 15 tahun direman enam hari
Sekianlah artikel Empat lelaki rogol pelajar 15 tahun direman enam hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Empat lelaki rogol pelajar 15 tahun direman enam hari dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/empat-lelaki-rogol-pelajar-15-tahun.html