Judul : Fahmi gesa kementerian siasat bendera BN di SJKT
link : Fahmi gesa kementerian siasat bendera BN di SJKT
Fahmi gesa kementerian siasat bendera BN di SJKT
KEADILAN DAILY
Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil menggesa Kementerian Pendidikan agar menyiasat kehadiran bendera-bendera BN di pagar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Bangsar.
Fahmi membuat gesaan itu dalam kapsyen yang mengiringi gambar insiden itu yang dimuatnaik ke laman Facebook beliau.
Fahmi berkata tindakan itu memberikan gambaran yang kawasan sekolah kini digunakan untuk kepentingan politik kepartian.
“Semalam Ahad, 18 Mac, dua petang di SJKT Jalan Bangsar. Parti politik boleh ke guna sekolah macam ni?
“Mohon pihak berkuasa khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia siasat kejadian ini dan berikan penjelasan,” katanya.
Oktober tahun lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan menghadiri satu pertandingan peringkat sekolah bertemakan “Umno dan Kemerdekaan”.
Kehadiran beliau ke SK Putrajaya Presint 14(1) iitu mencetuskan kontroversi kerana murid-muridnya menyanyikan lagu Umno dan mengibarkan bendera parti.
Tindakan itu mengundang kecaman daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Demikianlah Artikel Fahmi gesa kementerian siasat bendera BN di SJKT
Sekianlah artikel Fahmi gesa kementerian siasat bendera BN di SJKT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Fahmi gesa kementerian siasat bendera BN di SJKT dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/fahmi-gesa-kementerian-siasat-bendera.html