Judul : Gamuda Water, SPAN, Kerajaan Persekutuan punca berlaku krisis air di Selangor, kata MP Klang
link : Gamuda Water, SPAN, Kerajaan Persekutuan punca berlaku krisis air di Selangor, kata MP Klang
Gamuda Water, SPAN, Kerajaan Persekutuan punca berlaku krisis air di Selangor, kata MP Klang
MALAYSIA DATELINE
Kerajaan Negeri Selangor didakwa gagal mengatasi krisis air berpunca daripada tiga pihak yang berperanan utama menguruskan bekalan dan operasi air di negeri itu.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mempersoalkan tujuan kerajaan persekutuan melalui kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, hari ini di Dewan Rakyat yang disifatkan sebagai permainan politik dalam krisis air di negeri itu oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).
Ia jelas apabila Ongkili meminta Menteri Besar Selangor menyatakan “sebut harga” sekiranya kerajaan persekutuan sanggup membiayai pengalihan itu.
“Adakah Putrajaya sanggup membiayai kos pengambilalihan dan tidak meletakkan beban pada rakyat Selangor.
“Daripada bermain politik dengan penstrukturan air, Putrajaya sepatutnya telus sama ada mereka mempunyai wang atau tidak bagi memuktamadkan penstrukturan air Negeri Selangor,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dibuat susulan kerajaan Persekutuan akan mengambil alih kawalan operasi air di Selangor melalui Akta Industri Perkhidatan Air (Akta 655) sekiranya krisis air di negeri itu gagal ditangani.
Menurut Santiago lagi, sekiranya Selangor dapat mengambilalih aset Syarikat Pengeluaran Air Selangir Sdn.Bhd (Splash) yang bermasalah, tentunya penyelenggaraan dapat dibuat dan air berkualiti dapat disalurkan kepada pengguna dengan pengurusan dan kewangan lebih baik, insiden minggu lalu itu dapat dielak.
Justeru katanya kerajaan perlu jelaskan keraguan yang timbul mengenai kedudukan kewangannya tanpa perlu mempolitikkannya.
“Mereka (kerajaan) juga mesti menyokong penyelesaian penstrukturan air daripada mempolitikkan air milik rakyat.” ujarnya.
Kata beliau lagi,walaupun wujud kesukaran akibat gangguan air pada minggu lalu, namun Selangor menguruskan sumber airnya dengan baik.
Sedangkan gangguan air berlaku disebabkan penyelenggaraan yang teruk di Loji Rawatan Air SSP3 yang dimiliki Splash, bukan Selangor.
Susulan pembaikan, sistem mampatan udara meletup, menyebabkan operasinya terhenti dan pembekalan tidak dapat dilakukan.
Menurutnya lagi, empangan di Selangor penuh, dengan margin simpanan air di negeri itu pada kadar 3.8% pada akhir 2017
Ia meningkat kepada 11% pada awal 2019 dengan pembukaan Loji Rawatan Air Semenyih 2, Loji Rawatan Air Labohan Dagang dan Langat 2.
Air Selangor yang dimiliki Kerajaan Negeri Selangor telah mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) daripada 32.6% kepada 30.1% pada 2017.
Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM374 juta untuk menggantikan 423 kilometer paip lama meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Justeru, soalnya lagi, siapa sebenarnya yang gagal dan mengecewakan rakyat Selangor?
“Kegagalan pertama ialah pengendali SSP3, iaitu Gamuda Water yang dilantik Gamuda Berhad selaku pemegang saham terbesar Splash, Gamuda Water mempunyai hutang yang banyak dalam bentuk bil tidak berbayar kepada TNB berjumlah RM39.5 juta. Masalah kewangan berkenaan berkemungkinan menyumbang kepada penyelenggaraan yang teruk di loji rawatan air terbabit.
“Kegagalan Gamuda Water menyelenggara SSP3 menyebabkan Air Selangor terpaksa mengambil inisiatif menyelesaikan kerja pembaikan.
“Kegagalan kedua adalah Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), sebuah badan penguatkuasa oleh Kerajaan Persekutuan. SPAN seharusnya memantau Loji SSP3. Mereka sepatutnya memastikan perkhidmatan berkualiti untuk pengguna di Selangor.
“Namun, anggota jawatankuasa SPAN, seperti Zaini Ujang, iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tenaga dan Teknologi Hijau membuat tuduhan palsu berbaur politik mengenai Selangor di media sosial, di mana mereka sepatutnya bersikap neutral dan profesional.
“Span juga seharusnya mengumumkan bahawa mereka akan menyiasat punca letupan di SSP3 dan pemberhentian operasi.
“Kegagalan ketiga ialah Putrajaya. Mengikut dasar air kebangsaan, Putrajaya perlu membiayai pengembalian aset air yang dimiliki swasta kepada kerajaan, sama ada Persekutuan atau negeri.
“Dalam perkara ini, mereka sepatutnya membiayai pengambilalihan Splash, bahagian terakhir dalam penstrukturan air di Selangor.
“Putrajaya selesai membayar untuk Puncak Niaga, Syabas dan Abass untuk dikembalikan bawah kawalan Selangor.
“Untuk sebab tertentu Persekutuan menangguhkan pengambilalihan Splash tanpa sebab munasabah. Putrajaya hanya ingin membayar 60% kos pengambilalihan dan mahu Selangor menanggung kos 40% pengambilalihan.
“Tiada penjelasan dibuat terhadap Selangor mengapa Putrajaya tidak lagi mahu membiayai pengambilalihan 100% seperti sebelum ini.
“Datuk Seri Dr Maximus Ongkili hanya tahu melaungkan ‘namakan sebut harga’ sahaja, ujarnya.
Hasrat Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih kawalan operasi konsesi air di Selongor sekiranya kerajaan negeri Selangor gagal mengatasi krisis air di negeri itu diharap tidak akan membebankan rakyat, katanya.
Baca: Akta 655 akan dipertimbang guna jika kerajaan negeri Selangor gagal atasi krisis air

Charles Santiago

Demikianlah Artikel Gamuda Water, SPAN, Kerajaan Persekutuan punca berlaku krisis air di Selangor, kata MP Klang
Sekianlah artikel Gamuda Water, SPAN, Kerajaan Persekutuan punca berlaku krisis air di Selangor, kata MP Klang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gamuda Water, SPAN, Kerajaan Persekutuan punca berlaku krisis air di Selangor, kata MP Klang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/gamuda-water-span-kerajaan-persekutuan.html