Isytihar harta: Invoke patut melalui majlis presiden PH, kata penganalisis

Isytihar harta: Invoke patut melalui majlis presiden PH, kata penganalisis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isytihar harta: Invoke patut melalui majlis presiden PH, kata penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isytihar harta: Invoke patut melalui majlis presiden PH, kata penganalisis
link : Isytihar harta: Invoke patut melalui majlis presiden PH, kata penganalisis

Baca juga


Isytihar harta: Invoke patut melalui majlis presiden PH, kata penganalisis





PETALING JAYA: Invoke Malaysia sepatutnya melakukan inisiatif pengisytiharaan harta melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya semua kumpulan ahli politik dalam gabungan itu menyertai inisiatif itu, kata seorang penganalisis.

Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata inisiatif oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli kelihatan tidak teratur dan tidak tersusun kerana Invoke tidak mendapat restu PH.

“Sepatutnya Invoke perlu buat melalui Majlis Presiden, baru nampak selaras dan lebih baik dalam konteks persaingan dalam pimpinan PH. Dalam PKR misalnya, kumpulan yang menyokong timbalan presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tak berminat sangat,” katanya.

Mohamad Sabu satu-satunya presiden dalam kalangan 4 parti PH yang mengisytiharkan harta di bawah badan itu. Pemimpin Amanah itu antara 40 bakal calon dan wakil rakyat Amanah dan PKR yang hadir di sesi pengisytharan harta tersebut.

Ketua Publisiti DAP Tony Pua berkata wakil rakyat DAP akan mengisytiharkan harta hanya selepas mereka dilantik sebagai menteri atau exco kerajaan negeri.

Kamarul berkata rasa ragu-ragu rakyat masih tebal terhadap kejujuran pemimpin PH kerana tidak semua pimpinan utama gabungan itu berbuat demikian.

“Ia boleh menimbulkan kesangsian rakyat terhadap mereka yang tidak terlibat membuat pengisytiharan. Rakyat akan tanya kenapa pemimpin PPBM dan DAP tidak buat sama. Apakah yang disembunyikan? Jadi ia tidak seragam,” katanya.

Rafizi dilaporkan berkata terdapat sesetengah bakal calon tidak mahu mengisytiharkan harta sama ada kerana malu kerana kemiskinan atau bimbang orang akan meminta.

Kamarul berkata sekiranya semua pimpinan PH turut mengisytiharkan harta masing-masing, ia akan memberi kesan sangat besar dan positif kepada rakyat.

Penganalisis itu percaya kelebihan akan memihak kepada pemimpin yang membuat pengisytiharaan harta, khasnya yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14.
Mat Sabu satu-satunya presiden parti dari PH isytihar harta
Wakil rakyat DAP isytihar harta lepas jadi menteri, exco



Demikianlah Artikel Isytihar harta: Invoke patut melalui majlis presiden PH, kata penganalisis

Sekianlah artikel Isytihar harta: Invoke patut melalui majlis presiden PH, kata penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isytihar harta: Invoke patut melalui majlis presiden PH, kata penganalisis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/isytihar-harta-invoke-patut-melalui.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :