Judul : Jangan bawa isu politik ke surau, masjid ketika pilihan raya - Raja Perlis
link : Jangan bawa isu politik ke surau, masjid ketika pilihan raya - Raja Perlis
Jangan bawa isu politik ke surau, masjid ketika pilihan raya - Raja Perlis
ANTARAPOSKANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah mengingatkan semua pihak supaya tidak membawa isu-isu politik ke dalam surau dan masjid semasa musim pilihan raya umum (PRU) ini.
Baginda bertitah, jika itu dilakukan ia akan memecahbelahkan kariah di kawasan tersebut dan rakyat yang ingin menunaikan ibadat di rumah Allah.
“Suka beta mengingatkan kerana ini berlaku empat hingga lima tahun sekali (PRU) maka janganlah kita terlalu teruja sehingga ada yang membawa isu-isu politik ke dalam masjid,” titah baginda.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat bercemar duli menghadiri majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Tahun 1439 Hijrah bersamaan 2018 Masehi yang diadakan di Dewan Warisan, di sini malam tadi.
Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Tuanku Syed Sirajuddin seterusnya bertitah berharap supaya rakyat Perlis terus mengekalkan pematuhan terhadap larangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) agar tidak membawa isu-isu politik ke dalam surau dan masjid.
Pada majlis tersebut, Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menganugerahkan hadiah-hadiah kepada para pemenang bagi kategori qari iaitu johannya, Muhammad Anas Abdul Hadi yang mendapat markah sebanyak 85.5% diikuti naib johan, Mohd. Mawardi Jamaludin (80%) dan Khalil Khusairi Zainol (80.5%).
Tuanku Tengku Fauziah pula berkenan mengurniakan hadiah-hadiah kepada para pemenang bagi kategori qariah iaitu johannya, Siti Aishah Md. Arif yang mendapat markah 82.5% diikuti naib johan, Selasiah Akob (78.5%) dan Sarina Che Yahya (77.5%).
Demikianlah Artikel Jangan bawa isu politik ke surau, masjid ketika pilihan raya - Raja Perlis
Sekianlah artikel Jangan bawa isu politik ke surau, masjid ketika pilihan raya - Raja Perlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan bawa isu politik ke surau, masjid ketika pilihan raya - Raja Perlis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/jangan-bawa-isu-politik-ke-surau-masjid.html