Kami masih perbetulkan masalah Dr M hingga kini, kata Khairy

Kami masih perbetulkan masalah Dr M hingga kini, kata Khairy - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kami masih perbetulkan masalah Dr M hingga kini, kata Khairy, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kami masih perbetulkan masalah Dr M hingga kini, kata Khairy
link : Kami masih perbetulkan masalah Dr M hingga kini, kata Khairy

Baca juga


Kami masih perbetulkan masalah Dr M hingga kini, kata Khairy



Khairy Jamaluddin (duduk, empat dari kanan) dan pemimpin Pemuda BN Sabah menghadiri sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.


KOTA KINABALU: Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia masih menanggung kesan daripada “banyak masalah” berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.

Akibatnya, kata ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) itu, kerajaan terpaksa memperbetulkan semua “masalah” itu sehingga hari ini.

“Masih ada banyak perjanjian berat sebelah, seperti tol jalan dan perjanjian penswastaan yang memihak kepada syarikat swasta, bukannya orang ramai,” katanya yang menyifatkan ia isu warisan di Semenanjung.

“Ini adalah perkara yang kami masih terus tangani sehingga hari ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Pemuda BN Sabah di sini, hari ini.

Khairy kemudiannya menyatakan bagaimana Sabah dan Sarawak masih menerima kesan buruk daripada pemerintahan bekas perdana menteri itu.

“Kebanyakan pembangunan di Malaysia tertumpu di Lembah Klang dan saya rasa itu paling malang.
“Kerana jika anda lihat pada Sabah dan Sarawak, pengabaian relatif di bawah Dr Mahathir sebagai perdana menteri sudah diketahui.”

Menteri belia dan sukan itu kemudiannya memuji kerajaan sedia ada di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memperluaskan pembangunan ke merata kawasan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Sekarang anda ada Lebuhraya Pan Borneo dan juga peningkatan pelaburan dalam pendidikan dan sekolah di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak.”

Khairy turut menolak tanggapan Dr Mahathir sudah berubah.

“Bagi mereka yang berada dalam parti pembangkang mengatakan beliau sudah berubah, biar saya ingatkan anda yang beliau ialah serigala berbulu domba. Sekali menjadi diktator, selamanya seorang diktator.”

Beliau berkata, ramai yang ingin merosakkan undi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) putus harapan dengan Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka.

“Ramai daripada (gerakan) Undi Rosak ini kecewa kerana mereka putus harapan selepas PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri.

“Bagi mereka, Dr Mahathir adalah ‘pengasas’ banyak masalah yang kita hadapi sekarang. Mereka merasakan PH menamakannya sebagai calon PM melanggar kepercayaan terhadap janji untuk pembaharuan.”

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi sedemikian, khasnya mereka yang akan mengundi buat pertama kali supaya memilih dengan bijak pada PRU14.

“Kami berharap pengundi itu tidak akan merosakkan undi mereka, walaupun ia adalah hak mereka kerana ini ada kaitan dengan masa depan negara.

“Saya harap mereka memberi mandat kepada BN. Kami tidak boleh membenarkan lelaki itu (Dr Mahathir) yang bertanggungjawab ke atas banyak masalah kita hadapi hari ini untuk mentadbir negara semula.”

Sementara itu, Khairy berpuas hati dengan persiapan BN Sabah untuk PRU14 dan berharap lebih ramai calon muda BN akan diturunkan di Sabah, khasnya daripada Umno.

“Kami mahu mempunyai kombinasi pemimpin muda dan berpengalaman. Ia juga amat penting untuk menunjukkan kita mempunyai bakat muda daripada pelbagai peringkat.”



Demikianlah Artikel Kami masih perbetulkan masalah Dr M hingga kini, kata Khairy

Sekianlah artikel Kami masih perbetulkan masalah Dr M hingga kini, kata Khairy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kami masih perbetulkan masalah Dr M hingga kini, kata Khairy dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/kami-masih-perbetulkan-masalah-dr-m.html

Subscribe to receive free email updates: