Judul : Kedudukan Azmin Goyang ! Dijangka Bakal Tanding Di Parlimen Ampang
link : Kedudukan Azmin Goyang ! Dijangka Bakal Tanding Di Parlimen Ampang
Kedudukan Azmin Goyang ! Dijangka Bakal Tanding Di Parlimen Ampang

Ketiadaan PAS dalam Pakatan Harapan (PH) benar-benar mengoyangkan kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sama ada di peringkat Parlimen-Gombak atau peringkat DUN-Bukit Antarabangsa.
Bukan rahsia lagi, Azmin sudah semakin gentar untuk mempertahankan Parlimen Gombak, kawasan yang dimenanginya sejak dua penggal lalu, ketika PAS masih berada dalam Pakatan Rakyat (PR).
Putusnya tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR merupakan sebab utama Azmin tiada keberanian untuk mempertahankan Parlimen Gombak kerana kemenanganya dalam dua pilihan raya lalu disokong sepenuhnya akar umbi PAS.
Sumber memberitahu AIDNews, Azmin bakal lari dari Parlimen Gombak dan bertanding di Parlimen Ampang yang sebelum ini dimenangi penyokong kuatnya, Zuraida Kamaruddin.
Sebagai gantinya, Zuraida juga berpindah ke Parlimen Hulu Langat yang sebelum ini dimenangi PAS, Dr. Che Rosli Bin Che Mat.

Ketakutan Azmin untuk mempertahankan Parlimen Gombak sudah mula kedengaran sejak awal tahun ini apabila media melaporkan beliau bakal bertanding di Parlimen Shah Alam.
Maklumat yang disampaikan kepada AIDCNews menyebut Azmin juga gentar bertanding di Parlimen Shah Alam, sebab itu nama Mohamed Ezam Mohd Nor disebut-sebut di Parlimen tersebut.
Maklumat dalaman dari Parlimen Shah Alam memberitahu bukan setakat Azmin gentar bertanding di situ, malah penyadangnya sekarang, Khalid Abdul Samad turut lari dari parlimen itu.
Khalid Abdul Samad disebut bakal bertanding di Parlimen Kota Raja, kawasan yang sebelum ini disandang oleh Dr Siti Mariah Mahmud.
Sebagai kompromi, sumber menyebut Dr Siti Mariah bakal diberi kerusi selamat di peringkat DUN Selangor.
Azmin Tawar Mahathir Tanding Di Parlimen Gombak
Demikianlah Artikel Kedudukan Azmin Goyang ! Dijangka Bakal Tanding Di Parlimen Ampang
Sekianlah artikel Kedudukan Azmin Goyang ! Dijangka Bakal Tanding Di Parlimen Ampang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kedudukan Azmin Goyang ! Dijangka Bakal Tanding Di Parlimen Ampang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/kedudukan-azmin-goyang-dijangka-bakal.html