Judul : ‘Kembalikan pilihan raya tempatan demi hidup lebih baik’
link : ‘Kembalikan pilihan raya tempatan demi hidup lebih baik’
‘Kembalikan pilihan raya tempatan demi hidup lebih baik’
KEADILAN DAILY
Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak agar Kuala Lumpur menjadi pelopor untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini tidak bertanggungjawab kepada penduduk Kuala Lumpur kerana mereka tidak dipilih menerusi satu sistem pilihan raya.
“Kebanyakan masalah yang dinyatakan terhasil kerana DBKL dan kerajaan tempatan yang lain bagaikan tidak perlu bertanggungjawab kepada penduduk yang mereka sepatutnya berikan khidmat.
“Masalah ini bertambah serius di Wilayah Persekutuan kerana wujudnya defisit demokrasi bukan sahaja tanpa adanya pilihan raya tempatan tetapi tiada pihak berkuasa yang dipilih seperti kerajaan negeri yang dipilih rakyat di negeri-negeri lain,” katanya dalam kenyataan.
Dalam kenyataan sama, Nik Nazmi turut menggesa Kuala Lumpur agar meneladani bandar-bandar ternama lain seperti Canberra, Washington DC, London dan Jakarta yang mempunyai badan pentadbir yang cekap dan berkesan.
“Kalau mengikut contoh negara lain, Canberra ditadbir menerusi Australian Capital Territory.
Washington DC, ditadbir oleh District of Columbia. Bandaraya London ditadbir oleh Greater London Authority. Jakarta pula setaraf dengan provinsi lain di Indonesia.
“Setiap bandaraya ini mempunyai pilihan raya untuk memilih pentadbir mereka, bukan hanya menghantar pembuat undang-undang di peringkat nasional.
“Saya akan tetap mendesak perkara ini, dan sokongan rakyat Kuala Lumpur untuk memastikan ketelusan, kebertanggungjawaban kerajaan dan kualiti hidup yang lebih baik,” kata anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia itu dalam kenyataan.
DBKL kini diuruskan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang merupakan anggota Parlimen Putrajaya.
Beliau menguruskan DBKL sewaktu 8 daripada 11 kerusi Parlimen Kuala Lumpur disandang oleh Pakatan Harapan.
Demikianlah Artikel ‘Kembalikan pilihan raya tempatan demi hidup lebih baik’
Sekianlah artikel ‘Kembalikan pilihan raya tempatan demi hidup lebih baik’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Kembalikan pilihan raya tempatan demi hidup lebih baik’ dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/kembalikan-pilihan-raya-tempatan-demi.html