Kemelut air di S’gor lebih kritikal daripada 1MDB, Najib bidas Azmin

Kemelut air di S’gor lebih kritikal daripada 1MDB, Najib bidas Azmin - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kemelut air di S’gor lebih kritikal daripada 1MDB, Najib bidas Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kemelut air di S’gor lebih kritikal daripada 1MDB, Najib bidas Azmin
link : Kemelut air di S’gor lebih kritikal daripada 1MDB, Najib bidas Azmin

Baca juga


Kemelut air di S’gor lebih kritikal daripada 1MDB, Najib bidas Azmin

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pagi ini rancak seketika apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan tentang kemelut air di Selangor ketika menjawab soalan Menteri Besar negeri itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan pengurusan hutang negara.

Mohamed Azmin (PKR-Gombak) dalam soalan tambahannya kepada Najib, selaku Menteri Kewangan yang hadir untuk menjawab soalan pertama pada sesi soal jawab lisan berhubung pengurusan hutang dan penarafan kredit, telah bertanyakan sama ada hutang 1MDB memberi kesan kepada hutang negara.

“YB Gombak, kemelut air di Selangor lebih kritikal,” kata Najib dengan senyuman.

Kenyataan Najib disokong beberapa Anggota Parlimen penyokong kerajaan termasuk Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling), Datuk Othman Abdul (BN-Pendang) dan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong).

“Isu air di Selangor makin kritikal, saya pun tidak mandi pagi ini,” kata Abdul Azeez yang bangun mencelah.

Keadaan bertukar menjadi kecoh apabila Mohamed Azmin enggan mengalah dan mula bertikam lidah dengan Abdul Azeez sehingga Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa mengarahkan mereka duduk.

Keengganan Mohamed Azmin dan Abdul Azeez duduk menyebabkan beberapa anggota penyokong kerajaan turut menjerit meminta Menteri Besar Selangor itu duduk lalu memaksa Pandikar campur tangan dengan mengingatkan mereka supaya mematuhi Peraturan Mesyuarat.

“Inilah keistimewaan Parlimen, ada soalan yang ditanya berasaskan atas asas lain. Itulah politik, tetapi jangan sampai melanggar Peraturan Mesyuarat,” tegur Pandikar dengan tegas.

Namun, kekecohan itu terus berlarutan dan beberapa Anggota Parlimen penyokong kerajaan termasuk Noraini dan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) berulang kali menyuruh Mohamed Azmin duduk agar Najib dapat menjawab soalan tersebut.

Keadaan ini sekali lagi menyebabkan Pandikar mengeluarkan amaran agar semua Anggota Parlimen bertenang dan membiarkan Dewan Rakyat bersidang semula.

“Jangan sampai saya gunakan kuasa saya. YB tolong senyap,” katanya.

Najib kemudian menjawab soalan Mohamed Azmin dengan menyatakan bahawa hutang negara diuruskan dengan baik dan ini terbukti dengan negara mendapat penarafan yang baik daripada agensi penarafan antarabangsa.

“Saya pun buat perbandingan sebab ada contoh juga bila kita jawab. Kenapa YB Gombak punggung panas bila sentuh pasal air?.

“Soal hutang diuruskan dengan baik kerana peratusan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) telah dikurangkan daripada 55 peratus kepada 50.8 peratus dan jumlah keseluruhan hutang makin menguncup.

“Ini bukan soal hutang tapi kemampuan kita bayar balik. Kemampuan kita bayar balik tidak boleh dipersoalkan kerana badan penarafan antatrabangsa beri kita ketegori A.

“Jadi, hutang negara kita memang diuruskan dengan baik dengan harapan masalah air di Selangor juga diselesaikan dengan baik,” kata perdana menteri.



Demikianlah Artikel Kemelut air di S’gor lebih kritikal daripada 1MDB, Najib bidas Azmin

Sekianlah artikel Kemelut air di S’gor lebih kritikal daripada 1MDB, Najib bidas Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kemelut air di S’gor lebih kritikal daripada 1MDB, Najib bidas Azmin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/kemelut-air-di-sgor-lebih-kritikal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :