Laporan: ‘Islam sahaja’, ‘Cina sahaja’ petunjuk perkauman meningkat

Laporan: ‘Islam sahaja’, ‘Cina sahaja’ petunjuk perkauman meningkat - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laporan: ‘Islam sahaja’, ‘Cina sahaja’ petunjuk perkauman meningkat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laporan: ‘Islam sahaja’, ‘Cina sahaja’ petunjuk perkauman meningkat
link : Laporan: ‘Islam sahaja’, ‘Cina sahaja’ petunjuk perkauman meningkat

Baca juga


Laporan: ‘Islam sahaja’, ‘Cina sahaja’ petunjuk perkauman meningkat

 
Laporan Pusat Komas mengatakan ramai ahli politik mengunakan kaum dan agama untuk meraih sokongan menuju PRU14.


Wakil kumpulan hak asasi manusia dan para peguam pada pelancaran Laporan Diskriminasi Kaum Malaysia 2017.


KUALA LUMPUR: Sifat perkauman kian meningkat lebih-lebih lagi dengan sentimen “Islam sahaja” atau “Cina sahaja” yang semakin ketara, menurut laporan kumpulan hak asasi manusia Pusat Komas.

Laporan Diskriminasi Kaum Malaysia 2017 yang dilancarkan hari ini berkata kerajaan memungkiri janji menggalakkan perpaduan negara.

Kulit luar Laporan Diskriminasi Kaum Malaysia 2017 yang diterbitkan Pusat Komas.

“Perkauman menjadi lebih ketara dan semakin digunakan sebagai alat pecah dan perintah.”

Ia menambah dengan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang makin hampir, ahli politik di kedua-dua belah menggunakan politik berasaskan kaum untuk meraih sokongan.

Laporan 46 muka surat itu berkata peningkatan diskriminasi kaum dan agama bukan sahaja membimbangkan tetapi juga menonjolkan bahaya yang wujud disebabkan kemampuan melampai batas institusi Islam kerajaan.

Menurut laporan itu, 2017 menyaksikan peningkatan kejadian diskriminasi kaum.

Contohnya termasuk tandas untuk Islam sahaja di satu lebuh raya, penyitaan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi, cawan minuman berasingan bagi murid-murid berbeza latar belakang agama, kedai dobi “orang Islam sahaja” di Muar, Johor dan dasar larangan bertudung dalam industri perhotelan.

Contoh lain iklan pekerjaan “Diperlukan: Cina sahaja” dan keengganan pemilik rumah menyewakan hartanah kepada seseorang berdasarkan kaum.

Bagaimanapun, laporan tersebut memuji beberapa individu terkemuka yang tampil mengutuk tindakan tersebut seperti Sultan Perak, Johor dan Selangor, dan Angkatan Tentera Malaysia.

Ia berkata terdapat keperluan segera untuk memeterai Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mempromosikan kesaksamaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Cadangan lain termasuk hukuman lebih berat bagi individu, terutama ahli politik, kumpulan tertentu dan kumpulan media sosial yang mengamalkan perkauman dan diskriminasi dalam ucapan dan tindakan mereka.

Laporan itu juga menggesa kerajaan menunaikan janji dan deklarasi menghapuskan semua bentuk sikap tidak bertoleransi, diskriminasi dan hasutan kebencian berdasarkan agama dan kepercayaan.



Demikianlah Artikel Laporan: ‘Islam sahaja’, ‘Cina sahaja’ petunjuk perkauman meningkat

Sekianlah artikel Laporan: ‘Islam sahaja’, ‘Cina sahaja’ petunjuk perkauman meningkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laporan: ‘Islam sahaja’, ‘Cina sahaja’ petunjuk perkauman meningkat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/laporan-islam-sahaja-cina-sahaja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :