Lelaki mati ditembak di sekolah anggota Geng 08, kata polis

Lelaki mati ditembak di sekolah anggota Geng 08, kata polis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki mati ditembak di sekolah anggota Geng 08, kata polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki mati ditembak di sekolah anggota Geng 08, kata polis
link : Lelaki mati ditembak di sekolah anggota Geng 08, kata polis

Baca juga


Lelaki mati ditembak di sekolah anggota Geng 08, kata polis




tembak
Gambar Facebook


SHAH ALAM: Lelaki yang mati ditembak di perhentian bas berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Serdang, Serdang Khamis lepas, merupakan anggota kumpulan kongsi gelap Geng 08.

Ketua Polis Selangor Datuk Pahlawan Mazlan Mansor berkata siasatan awal turut menunjukkan kejadian itu mempunyai kaitan dengan kegiatan pengedaran dadah sekitar Serdang membabitkan anggota kumpulan terbabit.

“Hasil siasatan menunjukkan mangsa dan juga suspek yang menembaknya, merupakan anggota kumpulan kongsi gelap itu yang mana mereka ini dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran.

“Bagaimanapun masih terlalu awal untuk kita rumuskan motif kejadian sebenar kes ini…kita akan siasat daripada pelbagai sudut dan motif sebenar akan kita ketahui selepas tangkapan dibuat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau latihan amal pilihan raya umum bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, seorang daripada 2 lelaki bermotor dikatakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa berusia 40-an yang sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah, mengakibatkan mangsa terbunuh di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, mengulas mengenai latihan amal terbabit, Mazlan berkata ia adalah latihan fasa kedua peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjelang PRU14.

Katanya seramai 16,000 anggota dan pegawai akan ditempatkan di semua daerah di negeri ini bagi memastikan kelancaran pilihan raya itu.

“Dengan kekuatan anggota ini, kita telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU14 kelak dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang pilihan raya itu berlangsung,” katanya.



Demikianlah Artikel Lelaki mati ditembak di sekolah anggota Geng 08, kata polis

Sekianlah artikel Lelaki mati ditembak di sekolah anggota Geng 08, kata polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki mati ditembak di sekolah anggota Geng 08, kata polis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/lelaki-mati-ditembak-di-sekolah-anggota.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :