Judul : Mahkamah tolak rayuan Selangor halang SPR serah laporan inkuiri
link : Mahkamah tolak rayuan Selangor halang SPR serah laporan inkuiri
Mahkamah tolak rayuan Selangor halang SPR serah laporan inkuiri
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor gagal menangguhkan penyerahan laporan inkuiri tempatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan persempadanan semula kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibentangkan di Parlimen.
Permohonan itu ditolak Mahkamah Rayuan hari ini.
Ia dilakukan bagi mengelakkan SPR menyerahkan laporan itu, sebaliknya menunggu sehingga rayuan kerajaan Selangor diselesaikan.
Kerajaan Selangor membuat rayuan itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Rayuan pada 23 Mac depan.
“Kami hanya minta tangguh, itu saja,” kata peguam kerajaan negeri Gurdial Singh Nijar kepada pemberita selepas keputusan itu disampaikan hari ini.
Katanya dipetik Malaysiakini, selepas keputusan disampaikan pada 23 Mac, SPR boleh meneruskan penyerahan laporan itu jika keputusan memihak pada mereka.
Bagaimanapun, dengan keputusan hari ini, kata Gurdial, SPR boleh menyerahkan laporannya kepada perdana menteri sebelum keputusan rayuan diperoleh.
Untuk rekod sebelum ini, Selangor gagal menangguhkan proses inkuiri tempatan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi parlimen dan DUN bagi negeri itu.
Demikianlah Artikel Mahkamah tolak rayuan Selangor halang SPR serah laporan inkuiri
Sekianlah artikel Mahkamah tolak rayuan Selangor halang SPR serah laporan inkuiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah tolak rayuan Selangor halang SPR serah laporan inkuiri dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/mahkamah-tolak-rayuan-selangor-halang.html