Judul : Manifesto pembangkang ibarat 'madu beracun' - PM
link : Manifesto pembangkang ibarat 'madu beracun' - PM
Manifesto pembangkang ibarat 'madu beracun' - PM
ANTARAPOSMUAR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji-janji parti pembangkang seperti “madu beracun” kerana gagal menunaikan janji kepada rakyat termasuk menyelesaikan krisis air di Selangor.
Sebaliknya, Perdana menteri berkata, janji kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya dibuktikan dengan pelbagai pelaksanaan projek untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
“Jangan lihat hanya pada janji-janji (pembangkang), tuan-tuan. Sebab janji boleh jadi madu beracun. Kita tengok janji Kerajaan Selangor, hari ini apa isu terbesar di Selangor?
“Sekarang ini, dua juta penduduk di Selangor dalam keadaan di mana mereka menghadapi kesukaran, air putus, tekanan rendah dan kualiti air yang buruk.
"Sedangkan kerajaan BN sudah melaksanakan pelbagai kemudahan termasuk melaksanakan Aliran Transit Massa (MRT), menyediakan perumahan yang murah dan mampu milik berbanding kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang kebanyakan menyediakan rumah mahal,” katanya
Perdana menteri menegaskan demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri BN, di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara di Pagoh, hari ini.
Sementara itu, Najib juga bersetuju untuk menampilkan manifesto BN yang mesra orang muda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Katanya, penglibatan orang muda ini penting kerana mereka merupakan aset penting negara.
Ujar Najib, BN mempunyai perancangan jelas dan teratur untuk masa depan generasi muda negara jika diberi mandat pada PRU nanti.
"Saya bersetuju dengan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda BN) supaya memasukkan bab khusus untuk generasi muda Pemuda dan Puteri dalam manifesto BN.
"Kita akan fikir tentang ilmu dan kemahiran, gaji dan pendapatan, peluang pekerjaan, tempat tinggal serta gaya hidup orang muda, semuanya kita akan masukkan dalam manifesto BN.
"Kita (BN) mahu lihat masa depan generasi muda kita yang jauh lebih baik. Kita bukan parti untuk hari ini saja, malah untuk masa depan," katanya.
Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Naib Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan.
Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin tidak hadir disebabkan masalah kesihatan dan dimasukkan ke wad sejak semalam.
Pada pelancaran berkenaan, lebih 10,000 ahli Pemuda dan Puteri Umno hadir sebagai simbolik untuk menunjukkan kesiapsiagaan jentera sayap parti itu menyahut gendang perang PRU-14.
Demikianlah Artikel Manifesto pembangkang ibarat 'madu beracun' - PM
Sekianlah artikel Manifesto pembangkang ibarat 'madu beracun' - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Manifesto pembangkang ibarat 'madu beracun' - PM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/manifesto-pembangkang-ibarat-madu.html