Peguam Negara digesa beritahu Pandikar bahas usul Hadi subjudis

Peguam Negara digesa beritahu Pandikar bahas usul Hadi subjudis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam Negara digesa beritahu Pandikar bahas usul Hadi subjudis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam Negara digesa beritahu Pandikar bahas usul Hadi subjudis
link : Peguam Negara digesa beritahu Pandikar bahas usul Hadi subjudis

Baca juga


Peguam Negara digesa beritahu Pandikar bahas usul Hadi subjudis

 
Peguam kepada Tawfik Ismail berkata demikian sebelum Parlimen bersidang 5 Mac ini.


tawfik-ismalil-youtbe


KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Tawfik Ismail menggesa peguam negara menasihatkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk tidak menyenaraikan rang undang-undang yang memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen Isnin ini.

Peguamnya mengingatkan Jabatan Peguam Negara kepada keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Pandikar membatalkan saman Tawfik baru-baru ini.

Tawfik memfailkan saman terhadap Pandikar dan Setiausaha Parlimen Roosme Hamzah, memohon mahkamah mengisytiharkan rang undang-undang persendirian daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan prosedur Parlimen.

Rang undang-undang itu mahu meminta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 untuk membolehkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas orang Islam yang melakukan kesalahan syariah.

Surat kepada Pandikar berkata “menyenaraikan RUU 355 dalam aturan urusan mesyuarat sesi Parlimen akan datang adalah subjudis dan menghina mahkamah”.

“Oleh itu, adalah mustahak bagi para defendan menghormati keputusan mahkamah dan prosiding kes yang sedang berjalan. Demikian juga, Ahli Parlimen harus menahan diri daripada membahaskan atau membincangkan kes tersebut semasa sesi.”

Tawfik baru-baru ini memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menjadikan RUU 355 sebahagian kempen pilihan raya umum tahun ini.

“Membincangkan dan/atau mempertimbangkan RUU 355 di khalayak sebagai isu kempen pada PRU14 semasa mahkamah mempertimbangkan isu yang dibangkitkan dalam saman pemula adalah subjudis dan menghina mahkamah,” kata anak keapda pemimpin Umno terkenal, Tun Ismail Abdul Rahman, yang berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dari 1970 hingga 1973.

Tawfik dalam saman pemula yang difailkan Mac tahun lepas berkata usul Hadi tidak mengikut syarat-syarat Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat dan melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesamaan untuk semua rakyat.

Pandikar dan Rossme berhujah saman mesti dibatalkan kerana mencerobohi keistimewaan Parlimen bawah Perkara 62 dan 63 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 62(1) menyatakan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan peruntukan undang-undang persekutuan, setiap majlis Parlimen hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri. Perkara 63 menyatakan kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana satu majlis Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

Mahkamah Tinggi memutuskan mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat perkara yang diadukan Tawfik dalam samannya.



Demikianlah Artikel Peguam Negara digesa beritahu Pandikar bahas usul Hadi subjudis

Sekianlah artikel Peguam Negara digesa beritahu Pandikar bahas usul Hadi subjudis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam Negara digesa beritahu Pandikar bahas usul Hadi subjudis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/peguam-negara-digesa-beritahu-pandikar.html

Subscribe to receive free email updates: