Judul : Pemerhati Asing ‘Progressive Alliance’ Kritik Malaysia Dikepalai DAP & Israel
link : Pemerhati Asing ‘Progressive Alliance’ Kritik Malaysia Dikepalai DAP & Israel
Pemerhati Asing ‘Progressive Alliance’ Kritik Malaysia Dikepalai DAP & Israel
Malaysian Digest – Sebuah badan pemerhati antarabangsa dikenali dengan nama Progressive Alliance (PA) yang mengkritik Malaysia sebagai negara “ketidaksamaan sosial, politik dan ekonomi” didalangi oleh DAP dan parti dari Israel.
Perkara ini didedahkan oleh Ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Dr Norvandri Hassan Basri yang menyemak keanggotaan Ahli Lembaga Progressive Alliance disertai oleh Hilik Bar dari Parti Buruh Israel dan Lim Guan Eng dari Parti Bertindak Rakyat (DAP) mewakili Malaysia.
Kata Dr Norvandri, kewujudan pemerhati asing merupakan lumrah menjelang pilihan raya.
Namun menjadi tanda tanya apabila pertubuhan tersebut mempunyai kaitan langsung dengan parti politik yang bertanding pada pilihan raya negara tersebut.
“Salah satu daripada parti politik yang terlibat dengan PA adalah parti DAP.
“Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merupakan salah seorang ahli lembaga Progressive Alliance!”.
Jelasnya, ini menunjukkan bahawa PA sebuah pertubuhan tidak bebas dan berat sebelah selain bermotifkan mencari kesalahan kerajaan pemerintah semata-mata.
“PA berkemungkinan besar hanya mendapat input serong dan salah daripada parti DAP, parti chauvinis rasis yang banyak merosakkan ketenteraman kaum serta sabotaj ekonomi Malaysia di luar negara.
“Turut mengejutkan ialah agenda yang diperjuangkan oleh PA. PA memperjuangkan ‘hak’ Lesbian Gay Bisexual dan Transgender (LGBT) dan mereka menganggap bahawa kerajaan Malaysia tidak demokratik kerana menidakkan golongan LGBT ini. Kerana itu juga PA beria-ia mempertahankan Anwar Ibrahim yang bersalah meliwat Shamsul Bukhari,” kata Dr Norvandri dipetik blognya.
Tambahnya, bukti ini sudah mencukupi bagi menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan Malaysia tidak melayan sebarang permintaan PA untuk mencampuri urusan didalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Jelasnya, pemerhati asing lain turut hadir memantau perjalanan PRU sepertimana PRU sebelum ini maka tiada alasan kononnya berlakunya kecurangan ketika pilihan raya negara.
“Jika PRU tidak bersih, Pakatan pembangkang tidak mungkin akan menang negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Azmin Ali tidak mungkin menjadi Menteri Besar Selangor dan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang,” tegasnya.
Mengingatkan kepada keadaan huru-hara semasa pilihan raya, Dr Norvandri berkata ianya berpunca daripada pembangkang sendiri menuduh kononnya terdapat 40,000 pengundi daripada Bangladesh disamping ‘blackout’ ketika proses pengiraan undi.
“Kita juga tidak akan lupa dengan kes Nurul Izzah telah mengaku bersalah mengeluarkan kenyataan fitnah jijik dan palsu terhadap Raja Nong Chik, sehari sebelum PRU 13.
“Menjelang PRU14 ini, kita tidak akan terkejut jika Pakatan Harapan sudah merancang serta akan menabur fitnah kotor seperti yang mereka lakukan sebelum ini. Perkara ini begitu mudah dihidu kerana ada pihak dalaman PH yang pasti akan membocorkan rancangan tersebut,” ujarnya lagi.
Demikianlah Artikel Pemerhati Asing ‘Progressive Alliance’ Kritik Malaysia Dikepalai DAP & Israel
Sekianlah artikel Pemerhati Asing ‘Progressive Alliance’ Kritik Malaysia Dikepalai DAP & Israel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemerhati Asing ‘Progressive Alliance’ Kritik Malaysia Dikepalai DAP & Israel dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/pemerhati-asing-progressive-alliance.html