Judul : PM umum peruntukan RM222 juta tingkat kualiti air Merbok
link : PM umum peruntukan RM222 juta tingkat kualiti air Merbok
PM umum peruntukan RM222 juta tingkat kualiti air Merbok
ANTARAPOSPM umum peruntukkan RM222 juta untuk Merbok
SUNGAI PETANI: Perdana Menteri, hari ini mengumumkan peruntukan RM222 juta bagi meningkatkan kualiti bekalan air terawat di beberapa kawasan dalam Parlimen Merbok.
Datuk Seri Najib Razak berkata, peruntukan berkenaan turut merangkumi projek menaik taraf Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Tanjung Dawai, membabitkan kos RM6 juta.
"Selain itu, RM147 juta bagi kerja menaik taraf projek loji air Bukit Selambau yang sebelum ini berkapasiti memproses 30 juta liter sehari (mld) kepada 70 mld, yang akan bermula bulan depan.
"Saya juga ingin memaklumkan bagi kawasan Merbok ini, projek pembinaan loji simpanan air di Sungai Merbok diluluskan dengan peruntukkan sebanyak RM50 juta.
"Sementara itu, RM19 juta diperuntukkan bagi projek membaik pulih menara tangki air dan penggantian paip usang di kawasan Merbok serta Tanjung Dawai," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perumahan Nelayan Muafakat Kedah, di Tanjung Dawai di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain, yang juga Ketua Umno bahagian Merbok, dan Pengerusi LKIM, Datuk Seri Dr Irmorhizam Ibrahim.
Demikianlah Artikel PM umum peruntukan RM222 juta tingkat kualiti air Merbok
Sekianlah artikel PM umum peruntukan RM222 juta tingkat kualiti air Merbok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PM umum peruntukan RM222 juta tingkat kualiti air Merbok dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/pm-umum-peruntukan-rm222-juta-tingkat.html