Polis jejak Datin Rozita melalui peguam

Polis jejak Datin Rozita melalui peguam - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis jejak Datin Rozita melalui peguam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis jejak Datin Rozita melalui peguam
link : Polis jejak Datin Rozita melalui peguam

Baca juga


Polis jejak Datin Rozita melalui peguam

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Polis berkata mereka sedang mengenal pasti lokasi ‘Datin kejam’ yang gagal hadir di mahkamah untuk menyemak hukuman terhadapnya kerana mendera amah Indonesia, lapor The Star.
 
Ketua polis Selangor Mazlan Mansor berkata, polis masih belum dapat menjejak dia lagi dan kini sedang mendapatkan bantuan daripada peguam Datin itu.
 
Mazlan berkata, tarikh akhir belum habis memandangkan notis mahkamah kepadanya untuk hadir adalah pada Jumaat ini.
 
Pihak berkuasa telah mencari Rozita di rumahnya di Petaling Jaya dan Melaka dan juga mencari di rumah penjaminnya untuk memberikan notis itu namun tiada siapa ada di rumah.
 
Jabatan Imigresen juga turut menyekat dia dari meninggalkan negara.
 
Pada Rabu, "Datin" Rozita Mohamad Ali, 44, dan penjaminnya, seorang pegawai Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia gagal menghadiri prosiding mahkamah.
 
Pada 15 Mac lepas, Mahkamah Sesyen itu mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 terhadap Rozita selepas wanita itu menukar pengakuan kepada bersalah setelah pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan terhadapnya dibacakan.
 
Rozita, didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 21, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi berwarna biru, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih sebagai senjata untuk menyerang.
 
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah, di Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, di Petaling Jaya, antara jam 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.
 
Amah itu menderita pelbagai kecederaan di mata, kaki, tangan dan organ dalaman. Tulang belikatnya patah, bahagian paru kanannya cedera, terdapat darah beku berhampiran otaknya dan pipinya patah.
 
Kes itu menarik perhatian ramai selepas video memaparkan mangsa ditemukan terbaring dalam keadaan parah di tepi longkang di kawasan perumahan di Mutiara Damansara di Petaling Jaya oleh pengawal keselamatan, menjadi tular di media sosial.
 
pengguna media sosial dan juga Migrant Care, sebuah pertubuhan yang melindungi hak pekerja migran Indonesia mendesak pemerintah Malaysia dan Indonesia serius dalam proses kehakiman yang dilalui tenaga kerja dari negara itu.
 
Pengguna media sosial turut melampiaskan rasa yang sama terhadap keputusan itu.
 
Malah, petisyen dalam talian turut diadakan yang bertujuan untuk menggesa agar Rozita dikenakan hukuman yang lebih tegas. Setakat ini petisyen itu telah mendapat hampir 72,318 tanda tangan. Matlamat yang ingin dicapai sebanyak 75,000.
 
 
 
 


Demikianlah Artikel Polis jejak Datin Rozita melalui peguam

Sekianlah artikel Polis jejak Datin Rozita melalui peguam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis jejak Datin Rozita melalui peguam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/polis-jejak-datin-rozita-melalui-peguam.html

Subscribe to receive free email updates: