Rais bidas kesombongan pemimpin Umno

Rais bidas kesombongan pemimpin Umno - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rais bidas kesombongan pemimpin Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rais bidas kesombongan pemimpin Umno
link : Rais bidas kesombongan pemimpin Umno

Baca juga


Rais bidas kesombongan pemimpin Umno

 
Veteran Umno mempertikaikan ahli parti yang berdiam diri, dalam siri terbaru kritikan terhadap pentadbiran Najib.


Rais berkata semua orang harus bersuara kerana ia hak yang terkandung dalam perlembagaan parti.


GEORGE TOWN: Penasihat hal ehwal sosial dan kebudayaan kepada kerajaan Tan Sri Rais Yatim hari ini melancarkan serangan terhadap Umno dan menuduh para pemimpin parti bersikap sombong.

Dalam surat terbuka kepada Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa, ahli politik veteran itu berkata pimpinan parti terputus daripada rakyat dan tidak boleh terima kritikan.

“Memang senang tuduh kami sudah ‘lost touch’ keadaan akar umbi,” katanya dalam surat itu, menjawab kritikan Annuar terhadap beliau dan bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz.

“Sebenarnya, para pemimpin kita lah yang ‘kaki dah tak cecah bumi’. Sombong, gah tinggi dan tak suka ditegur; disanggah sikit melenting,” katanya dalam muatnaik di Facebook itu.

Semalam, Annuar berkata Rais dan Rafidah, yang mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan, mengalami sindrom pasca persaraan selepas sekian lama memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Beliau berkata mereka berdua itu, yang pernah berkhidmat dalam pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, masih bawah pengaruh bekas perdana menteri itu.

Rais berkata semua orang berhak bersuara, dan tertanya sama ada hanya pemimpin muda dibenarkan mengkritik pentadbiran negara.

Beliau mencadangkan ahli-ahli Umno tidak cukup lantang membincangkan kontroveri yang melanda negara secara kritikal.

“Jika boleh dikira jari sebelah tangan bermakna hak bersuara ahli sudah terbenam,” katanya.

Rais mutakhir ini bersuara terhadap Putrajaya dalam beberapa perkara seperti 1MDB dan rang undang-undang Antiberita Tidak Benar.

“Amalan dan budaya tegur-menegur dalam dan di luar parti wajib. Jika tidak, Fasal 3 Perlembagaan Umno akan jadi surat khabar lama yang mungkin hanya jadi kertas bungkus barangan di kedai runcit.

“Ketua penerangan Umno, buatlah kerja penerangan elok-elok. Landaskan pandangan ke ufuk realiti.

“Rakyat sedang resah. Rafidah dan saya tidak bahaya. Yang bahaya nun di sebelah sana. Jangan jadikan hak berkuasa dalam Umno sebagai nota kaki sahaja,” tambahnya.



Demikianlah Artikel Rais bidas kesombongan pemimpin Umno

Sekianlah artikel Rais bidas kesombongan pemimpin Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rais bidas kesombongan pemimpin Umno dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/rais-bidas-kesombongan-pemimpin-umno.html

Subscribe to receive free email updates: