Judul : Salleh: Laporan negatif Malaysia dikitar semula dari era Dr M
link : Salleh: Laporan negatif Malaysia dikitar semula dari era Dr M
Salleh: Laporan negatif Malaysia dikitar semula dari era Dr M
BernamaMenteri itu berkata, sejak 30 tahun lalu, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri hingga hari ini, media asing masih melaporkan perkara sama.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini menyifatkan laporan media asing mengenai Malaysia “sangat berat sebelah” dan “tidak seimbang”.
Beliau berkata, mereka memberi gambaran segala-galanya mengenai kerajaan adalah buruk, manakala parti pembangkang pula umpama malaikat.
Katanya, laporan mengenai Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikitar semula dari dahulu termasuk rasuah, penipuan pilihan raya, kekurangan demokrasi dan penafian kebebasan bersuara.
“Sejak 2 hari lalu, media asing menyerang Malaysia secara umum dan perdana menteri khususnya.
“Ini tidak menghairankan memandangkan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata ‘kami terpaksa menggunakan saluran media asing; BN (Barisan Nasional) juga boleh berbuat demikian, mereka mempunyai banyak wang untuk mengupah penganalisis dari Cambridge’,” tulisnya di blog beliau.
Bendahari agung Umno itu berkata, sejak 30 tahun lalu, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri hingga hari ini, media asing masih melaporkan perkara sama.
Beliau berkata, pembangkang kemudian menyebarkan laporan ini untuk memberi gambaran seluruh dunia menentang Malaysia.
“Apa yang media asing gagal sebut dalam laporan ini adalah banyak kes rasuah yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah di negeri Pakatan Harapan memerintah, iaitu di Selangor dan Pulau Pinang.
“…atau mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 (pada 2013), kononnya (didakwa membawa masuk) 40,000 pengundi Bangladesh, yang terbukti sebenarnya palsu,” katanya.
Demikianlah Artikel Salleh: Laporan negatif Malaysia dikitar semula dari era Dr M
Sekianlah artikel Salleh: Laporan negatif Malaysia dikitar semula dari era Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Salleh: Laporan negatif Malaysia dikitar semula dari era Dr M dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/salleh-laporan-negatif-malaysia-dikitar.html