Sukarelawan mengaku tidak bersalah liwat, cabul 21 pelajar tahfiz

Sukarelawan mengaku tidak bersalah liwat, cabul 21 pelajar tahfiz - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sukarelawan mengaku tidak bersalah liwat, cabul 21 pelajar tahfiz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sukarelawan mengaku tidak bersalah liwat, cabul 21 pelajar tahfiz
link : Sukarelawan mengaku tidak bersalah liwat, cabul 21 pelajar tahfiz

Baca juga


Sukarelawan mengaku tidak bersalah liwat, cabul 21 pelajar tahfiz

 
Tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM380,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak menghampiri mangsa. 


Gambar Facebook


KUANTAN: Seorang sukarelawan sebuah pusat tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas 38 pertuduhan jenayah seksual termasuk meliwat pelajar, sejak Julai tahun lalu.

Pengakuan Nasrul Arman Ahmad, 41, direkodkan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah yang mengambil masa selama kira-kira setengah jam untuk berbuat demikian.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut antara Julai 2017 hingga Februari lalu, antara waktu petang dan awal pagi terhadap 10 orang mangsa berusia antara 12 hingga 17 tahun yang merupakan pelajar pusat tahfiz berkenaan.

Enam daripada mangsa melibatkan kesalahan liwat dan seks luar tabii manakala bakinya adalah untuk kesalahan gangguan seksual.

Tertuduh yang bertubuh kecil itu didakwa melakukan kesalahan itu di ruang tamu rumahnya di Taman Selamat, Jalan Teluk Sisek dan di pusat tahfiz tersebut termasuk di dalam surau.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu sebuah pusat pembelajaran didakwa dengan 29 pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan manakala bakinya di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari membantah jaminan diberikan kepada tertuduh atas alasan terdapat kebarangkalian tertuduh akan menganggu mangsa dan melarikan diri kerana bimbang berhadapan dengan hukuman penjara, jika disabitkan kelak.

“Tertuduh juga kenal dan rapat dengan mangsa. Malah ada di antara mangsa yang diugut dan diberi amaran oleh tertuduh menyebabkan pihak pendakwaan berpendapat tertuduh perlu diasingkan,” katanya.

Bagaimanapun peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan kerana anak guamnya bersedia jika diberikan syarat tambahan untuk tidak menganggu mangsa.

“Adalah tidak adil jika tertuduh tidak diberikan jaminan kerana seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan. Pihak pendakwaan juga membuat spekulasi dengan menganggap anak guam saya akan menganggu mangsa,” katanya.

Siti Aminah membenarkan tertuduh yang menundukkan kepala sepanjang prosiding berlangsung dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM380,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak menghampiri mangsa.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 April depan.

Sebaik sahaja mendengar jumlah jaminan itu, beberapa orang keluarga tertuduh yang berada di galeri awam dilihat menangis dan setakat berita ditulis, tertuduh masih belum menjelaskan jaminan itu.



Demikianlah Artikel Sukarelawan mengaku tidak bersalah liwat, cabul 21 pelajar tahfiz

Sekianlah artikel Sukarelawan mengaku tidak bersalah liwat, cabul 21 pelajar tahfiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sukarelawan mengaku tidak bersalah liwat, cabul 21 pelajar tahfiz dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/sukarelawan-mengaku-tidak-bersalah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :