Judul : Tangguh sambutan Hari Pekerja tak jejas cuti umum
link : Tangguh sambutan Hari Pekerja tak jejas cuti umum
Tangguh sambutan Hari Pekerja tak jejas cuti umum
ANTARAPOSPUTRAJAYA: Cuti umum bersempena Hari Pekerja pada tahun ini kekal pada 1 Mei seperti tahun-tahun sebelumnya meskipun program sambutan Hari Pekerja bagi tahun ini ditunda.
Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan program Sambutan Hari Pekerja 2018 ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Kenyataan kementerian itu dikeluarkan bagi mengelakkan kekeliruan ekoran laporan yang memetik Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot tentang kemungkinan sambutan Hari Pekerja tahun ini tidak dapat diadakan pada 1 Mei seperti kebiasaan.
Kata Riot lagi, ia mungkin hanya boleh dibuat selepas 'satu raya besar', yang merujuk kepada pilihan raya umum ke-14.
Hari Pekerja kebiasaannya diraikan pada 1 Mei setiap tahun. Hari Pekerja merupakan hari cuti umum bagi Malaysia.
Demikianlah Artikel Tangguh sambutan Hari Pekerja tak jejas cuti umum
Sekianlah artikel Tangguh sambutan Hari Pekerja tak jejas cuti umum kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tangguh sambutan Hari Pekerja tak jejas cuti umum dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/tangguh-sambutan-hari-pekerja-tak-jejas.html