Tiada ‘hantu Lim’ di Dewan Rakyat, tapi ‘hantu Altantuya’

Tiada ‘hantu Lim’ di Dewan Rakyat, tapi ‘hantu Altantuya’ - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada ‘hantu Lim’ di Dewan Rakyat, tapi ‘hantu Altantuya’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada ‘hantu Lim’ di Dewan Rakyat, tapi ‘hantu Altantuya’
link : Tiada ‘hantu Lim’ di Dewan Rakyat, tapi ‘hantu Altantuya’

Baca juga


Tiada ‘hantu Lim’ di Dewan Rakyat, tapi ‘hantu Altantuya’

AKHBAR RAKYAT



Anggota Parlimen Bagan Lim Guan Eng mempertahankan kehadiran bapanya, Lim Kit Siang di Dewan Rakyat hari ini dan mempertikaikan label 'hantu' ke atas anggota veteran DAP berkenaan.

Malah, Guan Eng yang adalah setiausaha agung DAP itu turut menyindir bahawa tiada 'hantu' di Dewan Rakyat kecuali 'hantu Altantuya'.

"Saya nak rujuk (gelaran) hantu (kepada Kit Siang). Kalau hantu, hanya Altantuya (Shaariibuu).

"Gelang Patah masih ada di sini, dia sahih. Kalau ada hantu, hanya hantu Altantuya sahaja," katanya pada sidang media di Parlimen.



Guan Eng dipercayai merujuk kepada kematian warga Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dibunuh kejam di Puncak Alam, Selangor pada tahun 2006.

Sekutu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, iaitu Abdul Razak Baginda, seorang penganalisis politik turut terpalit dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan.

Dua bekas anggota polis cawangan khas polis kemudiannya dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan membunuh tetapi seorang daripada mereka berjaya melarikan diri ke Australia dan sedang tahan di pusat tahanan imigresen di Melbourne.

Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri, pernah bersumpah di hadapan Al-Quran bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan polis juga membebaskannya daripada sebarang kesalahan.

Awal hari ini, Dewan Rakyat kecoh berikutan pertikaian mengenai kehadiran, Kit Siang memandangkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam dikatakan telah menggantungnya.




Perkara itu dibangkitkan oleh Datuk Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang meminta Pandikar mengambil tindakan terhadap Kit Siang berdasarkan Peraturan Mesyuarat 44 (5).

Bagaimanapun, Pandikar kemudian secara sinis memberitahu beliau tidak nampak Kit Siang di dalam Dewan Rakyat - walaupun anggota parlimen veteran berkenaan ketika itu berada dikerusinya.

"Saya tak nampak Gelang Patah dalam Dewan. Kalau saya nampak Gelang Patah, saya perlu suruh dia keluar Dewan lagi sekali," kata Pandikar.

Selepas itu, Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) kemudian bangun untuk membentangkan Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2018, namun beliau sebelum itu menggelarkan Kit Siang sebagai 'hantu' dan bersetuju dengan tindakan Pandikar.



Demikianlah Artikel Tiada ‘hantu Lim’ di Dewan Rakyat, tapi ‘hantu Altantuya’

Sekianlah artikel Tiada ‘hantu Lim’ di Dewan Rakyat, tapi ‘hantu Altantuya’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada ‘hantu Lim’ di Dewan Rakyat, tapi ‘hantu Altantuya’ dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/tiada-hantu-lim-di-dewan-rakyat-tapi.html

Subscribe to receive free email updates: