Umno Tak Perlukan Lagi Undi Cina Untuk Cetuskan Tsunami Melayu

Umno Tak Perlukan Lagi Undi Cina Untuk Cetuskan Tsunami Melayu - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umno Tak Perlukan Lagi Undi Cina Untuk Cetuskan Tsunami Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno Tak Perlukan Lagi Undi Cina Untuk Cetuskan Tsunami Melayu
link : Umno Tak Perlukan Lagi Undi Cina Untuk Cetuskan Tsunami Melayu

Baca juga


Umno Tak Perlukan Lagi Undi Cina Untuk Cetuskan Tsunami Melayu

DETIK DAILY

 
Oleh Zainudin Maidin

Berasaskan kepada ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang lantang dan jelas mengungkit semula ehsan UMNO dalam mengkayakan beberapa orang Cina maka jelaslah bahawa beliau telah bertekad dan bermatlamat dengan penuh keyakinan dan keberanian untuk BN tidak bergantung kepada undi orang Cina dalam Pilihanraya Umum ke 14 ini.

Najib telah menyatakan UMNO memberikan kunci kekayaan kepada billionair Robert Kuok, YTL, IOI, Genting Highland( Najib dakwa Tunku memberi lesen dan bukan bapanya Tun Razak) dan beberapa orang lagi Cina yang diantara mereka tidak mengenang budi.

Kelantangan Najib ini boleh dianggap sebagai meneriakan suara hati orang Melayu yang terpendam selama ini yang akan mendorongkan kepada sokongan bagi menggantikan Tsunami Cina dengan Tsunami Melayu untuk mengembalikan maruah Melayu dan Islam yang menghadapi beberapa cabaran atas kelemahan kuasa sejak pilihanraya 13.

Ini amat berbeza sekali dengan sikap Najib yang menutup mulut terhadap Tsuami Cina setelah ketelanjurannya menyebut istilah ini yang meletup dan popular dalam sekelip mata yang menakutkan beliau sendiri untuk mengulangi pengucapannya.

Tetapi nampaknya Najib telah mengambil sikap "apa nak jadi jadilah" apabila beliau membidas Robert Kuok dan beberapa orang lagi Cina yang lupa diri yang disokong kuat oleh serangan liar ganas dan pedas oleh generalnya Datuk Nazri Aziz.

Orang yang waras dan berakhlak tidak sanggup mendengar serangan ini kerana dinilai sebagai di luar peradaban Melayu.Nazri meletakkan Robert Kuok sebagai Cina penjual sayur dan bukan sebagai billionair..

Ini membuktikan kesanggupan UMNO untuk berkerat rotan berpatah arang dengan MCA yang tidak pernah dilakukan dari zaman Tunku hingga ke Hussein Onn walaupun Dr. Mahathir pernah meminta UMNO supaya menyingkirkan MCA dari Perikatan setelah kekalahannya yang yang teruk dalam pilihanraya 1969. (Saya sendiri yang menulis berita ini dengan menghubungi Dr.Mahatir di Alor Setar)

Indikasi kesanggupan UMNO untuk bersendirian telah dibayangkan dalam Parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr.Zahid Hamidi yang dengan ranggi (bahasa orang Penang bererti sombong) menganggap sokongan MCA tidak perlu untuk pindaan RUU 355 (Sila rujuk kepada Hansard Parlimen).

Kesombongan UMNO terhadap MCA dan orang-orang Cina menggambarkan UMNO telah nekad untuk bersendirian tanpa sokongan orang Cina tetapi akan bekerjasama dengan Pas demi untuk kepentingan menegakkan sebuah negara Melayu dan Islam berasaskan kepada sentimen orang Melayu selama ini.

Ini bererti UMNO sanggup berganjak dari asas kemerdekaan yang dicapai dengan kerjasama MCA dan MIC demi menghadapi cabaran Pakatan Harapan yang telah berkonspirasi dengan musuh utama orang Melayu iaitu DAP.

Yang utama bagi UMNO sekarang adalah untuk bekerja keras meyakinkan orang Melayu bahawa DAP adalah musuh Islam dan Melayu.

Walapun Raja Petra telah mengosongkan rencana yang menyentuh perasaan billionair Rober Kuok sehingga memaksa beliau untuk mengambil tindakan undang-udang tetapi ketelanjuran Najib dan Nazri dalam menggunakan senjata yang diberikan oleh Raja ini telah membangkitkan semangat Melayu untuk menyokong UMNO. Najib tidak akan berundur lagi.

Sebuah kerajaan majmuk(multi racial) yang didokong oleh semua kaum akan berakhir ada pilihanraya ke 14 dilanda oleh Tsunami Melayu.-http://ift.tt/2c8nmBg



Demikianlah Artikel Umno Tak Perlukan Lagi Undi Cina Untuk Cetuskan Tsunami Melayu

Sekianlah artikel Umno Tak Perlukan Lagi Undi Cina Untuk Cetuskan Tsunami Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umno Tak Perlukan Lagi Undi Cina Untuk Cetuskan Tsunami Melayu dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/umno-tak-perlukan-lagi-undi-cina-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :