Judul : Unit forensik HKL hangus dijilat api [TONTON VIDEO]
link : Unit forensik HKL hangus dijilat api [TONTON VIDEO]
Unit forensik HKL hangus dijilat api [TONTON VIDEO]
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Sebahagian bangunan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar kira-kira 12.15 tengah hari tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 12.30 tengah hari dan empat jentera ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.
Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman, kebakaran di stor penyimpanan peralatan patologi HKL dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Operasi HKL berjalan seperti biasa kecuali stor penyimpanan Patologi ditutup untuk siasatan kebakaran, tambahnya.
Menurut Khiruddin, kebakaran tersebut memusnahkan stor simpanan jabatan berkenaan dan menjejaskan hampir 40 peratus daripada bangunan itu.
Sementara itu Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dalam insiden kebakaran itu.
Sejumlah lima buah jentera bomba dengan kekuatan 31 anggota dari lima buah balai sekitar Kuala Lumpur terlibat dalam operasi memadamkan kebaran yang memusnahkan hampir 40 peratus bangunan Jabatan Patologi IPFN itu.
Api berjaya dimadamkan pada pukul 1.30 petang.
Dalam satu kenyataan, Pengarah HKL Datin Dr Nor Akma Yusuf berkata pemindahan atau evakuasi pesakit, kakitangan dan pelawat dari bangunan berdekatan telah dijalankan mengikut prosedur.
Menurutnya perkhidmatan di HKL juga tidak terganggu dan berjalan seperti biasa.
“Punca kebakaran dan kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai kejadian itu.
Demikianlah Artikel Unit forensik HKL hangus dijilat api [TONTON VIDEO]
Sekianlah artikel Unit forensik HKL hangus dijilat api [TONTON VIDEO] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Unit forensik HKL hangus dijilat api [TONTON VIDEO] dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/unit-forensik-hkl-hangus-dijilat-api.html