Judul : Wanita Malaysia menderita didera teman lelaki di Nepal
link : Wanita Malaysia menderita didera teman lelaki di Nepal
Wanita Malaysia menderita didera teman lelaki di Nepal
PETALING JAYA: Seorang wanita warga Malaysia hidup menderita bersama 2 anak lelakinya di Nepal selepas didera teman lelaki warga negara tersebut.
Harian Metro melaporkan Noorzailia Esammuddin, 30, yang terkandas di Kathmandu, Nepal dipukul setiap kali menyatakan hasrat untuk pulang ke tanah air, selain diabaikan sehingga dia menderita ketumbuhan daging pada buah pinggang.
“Adam berjanji macam-macam termasuk untuk menikahi saya dan mengaku dirinya akauntan serta beragama Islam ketika di Malaysia, tetapi rupa-rupanya dia menganut agama lain.
“Selepas beberapa bulan saya melahirkan anak ke-2, dia tinggalkan kami terkontang-kanting.
“Saya buat keputusan untuk hidup sendiri dan lari dari rumah dengan menaiki bas yang mengambil masa perjalanan hingga 4 hari ke Kathmandu bagi meminta bantuan Kedutaan Besar Malaysia.
“Saya sudah tidak sanggup kerana dari dulu Adam pukul saya sampai mulut berdarah apabila setiap kali saya sebut hendak balik. Sekarang ini saya sakit dan perlukan ubat setiap hari,” katanya memetik laporan akhbar tersebut.
Semalam akhbar itu melaporkan wanita dari Batu Pahat, Johor itu terkandas di Nepal sejak 7 tahun lalu selepas pasportnya dilarikan teman lelaki yang dikenali sebagai Mohd Adam Hutta Raj Dumzan.
Menurut ahli keluarganya, usaha membawa pulang wanita terbabit juga sukar kerana ketiadaan pasport selain 2 anak lelakinya berumur 6 dan 3 tahun tidak mempunyai rekod kelahiran.
Keluarganya berkata mereka memerlukan RM80,000 untuk membawa pulang Noorzailia bagi kos tambang, proses dokumentasi anak serta membayar denda RM30 sehari kerana kegagalan memperbaharui visa sejak tamat tempoh yang dikenakan kerajaan Nepal.
Demikianlah Artikel Wanita Malaysia menderita didera teman lelaki di Nepal
Sekianlah artikel Wanita Malaysia menderita didera teman lelaki di Nepal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita Malaysia menderita didera teman lelaki di Nepal dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/wanita-malaysia-menderita-didera-teman.html