Judul : MEREKA MENANG SEBAB JENTERA PAS- HADI
link : MEREKA MENANG SEBAB JENTERA PAS- HADI
MEREKA MENANG SEBAB JENTERA PAS- HADI
PAS yakin berupaya mengetepikan saingan lawan terutama bekas sekutu di sebahagian besar daripada 160 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) meskipun tidak lagi bersama pakatan pembangkang.
Malah PAS yang kini bergerak solo tidak risau dengan pertembungan tiga penjuru kerana yakin kekuatan dimiliki parti itu.
Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, berkata keyakinan itu bersandarkan kekuatan jentera PAS di seluruh negara yang dimiliki parti itu.
Malah dakwa Abdul Hadi jentera parti itu sebelum ini turut menyumbang kepada kemenangan parti lain ketika PAS bersama pakatan pembangkang pada PRU13.
“Kita bertanding di tempat yang kita ada cawangan. Kita ada 196 kawasan di seluruh negara dan kita bertanding di 160 kerusi.
“Parti lain tak ada cawangan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dulu mereka gunakan jentera kita dan mereka menang pun dengan tenaga kita.
“Oleh sebab itu kita tak risau,” katanya selepas majlis pengisytiharan calon PAS Terengganu untuk PRU-14 di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, Khamis malam.
PAS bergerak sendiri selepas memutuskan tahaluf siyasi dengan pakatan pembangkang termasuk PKR dan DAP.
Demikianlah Artikel MEREKA MENANG SEBAB JENTERA PAS- HADI
Sekianlah artikel MEREKA MENANG SEBAB JENTERA PAS- HADI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MEREKA MENANG SEBAB JENTERA PAS- HADI dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/04/mereka-menang-sebab-jentera-pas-hadi.html