Pencalonan ditolak jejas imej parti pembangkang

Pencalonan ditolak jejas imej parti pembangkang - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pencalonan ditolak jejas imej parti pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pencalonan ditolak jejas imej parti pembangkang
link : Pencalonan ditolak jejas imej parti pembangkang

Baca juga


Pencalonan ditolak jejas imej parti pembangkang

Oleh Umi Faten Nadia Ezhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kesilapan kecil dilakukan oleh calon pembangkang yang menyebabkan pencalonan mereka ditolak pada hari penamaan calon hari ini menjejaskan imej untuk mengurus tadbir negara, demikian pendapat seorang penganalisis.
 
Penganalisis politik dari UUM, Profesor Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa bin Ishak berpendapat kesilapan yang kecil ini seolah-oleh menunjukkan Pakatan Harapan  (PH) belum bersedia untuk mentadbir negara. 
 
Hari Penamaan Calon hari ini menyaksikan beberapa calon parti pembangkang ditolak permohonan untuk bertanding apabila tidak membawa kad pengenalan, borang permohonan, tidak menyemak saman, tidak berjaya menukar alamat sebelum pilihan raya dan tiada pas masuk pusat penamaan calon ketika hendak menyerah borang.  
 
"Bagaimana esok mereka hendak mentadbir kalau perkara-perkara yang sebegini kecil pun mereka tidak dapat uruskan dengan baik?
 
"Jadi ini merupakan satu perkara yang memberikan imej yang tidak baik kepada Pakatan.
 
Beliau juga menyifatkan kesilapan yang dilakukan ini seharusnya dapat dielakkan daripada terjadi jika calon-calon membuat persiapan rapi terutamanya calon-calon baru pembangkang.
 
Hal ini demikian kerana sikap ambil mudah dan isu teknikal yang mudah ini tidak harus terlepas pandang terutamanya calon yang baru bertanding dan tidak mempunyai pengalaman semasa penyerahan borang penamaan calon.
 
"Jadi sebab itulah perkara seperti ini harus dan sepatutnya boleh dielakkan jika membuat persiapan rapi terutamanya calon-calon baru daripada Pakatan tidak mengambil berat soal-soal ini.
 
"Dalam sesuatu pilihan raya, kita kena pastikan bahawa kita mendapat satu rundingan dan nasihat teknikal yang terbaik supaya tidak berlaku kesilapan-kesilapan nyata iaitu kesilapan yang boleh membawa kepada percalonan ditolak.
 
Beliau juga menasihati calon-calon mahupun penyokong kepada mereka yang ditolak percalonan supaya tidak menyalahkan mana-mana entiti yang berkaitan tetapi menyalahkan diri mereka sendiri yang cuai dengan kesilapan sendiri.
 
"Jangan salahkan orang lain, soal teknikal ini tidak ada sesiapa pun yang boleh disalahkan. Dia tidak boleh salahkan pihak lain melainkan pihak mereka sendiri.
 
Beberapa orang calon yang ingin menghantar borang penamaan calon ditahan daripada memasuki kawasan penyerahan borang apabila gagal mengemukan kad pengenalan dan tidak memakai kad kebenaran semasa penghantaran borang penamaan calon dekat sini.
 
Seramai 14,940,624 pemilih layak mengundi pada PRU14 pada 9 Mei depan.
 
 


Demikianlah Artikel Pencalonan ditolak jejas imej parti pembangkang

Sekianlah artikel Pencalonan ditolak jejas imej parti pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pencalonan ditolak jejas imej parti pembangkang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/04/pencalonan-ditolak-jejas-imej-parti.html

Subscribe to receive free email updates: