Rizalman mengaku dialah ketua Umno bahagian yang ditahan positif syabu

Rizalman mengaku dialah ketua Umno bahagian yang ditahan positif syabu - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rizalman mengaku dialah ketua Umno bahagian yang ditahan positif syabu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rizalman mengaku dialah ketua Umno bahagian yang ditahan positif syabu
link : Rizalman mengaku dialah ketua Umno bahagian yang ditahan positif syabu

Baca juga


Rizalman mengaku dialah ketua Umno bahagian yang ditahan positif syabu



Rizalman mengaku dialah orangnya yang ditahan polis jam 2 pagi di sebuah kelab itu.


Ketua Umno Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar mengaku beliau adalah lelaki yang didakwa ditahan oleh polis selepas didapati positif dadah dalam ujian air kencing itu.

“Saya adalah individu yang dimaksudkan,” kata Rizalman dalam sidang media yang turut disertai bapanya, Datuk Mokhtar Samad dan isterinya.

Dalam sidang medianya hari ini, Rizalman tidak mengaku bersalah menagih dadah dan jika ujian air kencing itu positif dadah sebagaimana dilaporkan, ia adalah perangkap terhadap beliau.

“Saya menafikan terlibat dalam salah guna dadah.

“Ujian air kencing positif perangkap kepada saya untuk rosak nama baik saya,” kata beliau dalam sidang media yang tirut disertai dua peguamnya.

Rizalman berkata, beliau

akan teruskan khidmatnya sebagai ketua bahagian Umno Bandar Tun Razak selagi parti sedia menerima khidmatnya.

“Saya sedia meletakkan jawatan jika mahkamah mendapati saya bersalah nanti,” kata Raizalman.
Sehubungan itu, beliau memohon agar Umno tidak dikaitkan dalam isu ini “kerana ia serangan pribadi kepada saya.”

Sebelum ini, media melaporkan, seorang ketua bahagian sebuah parti politik bergelar Datuk, ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, di sini, selepas didapati positif dadah awal pagi 2 April lepas.

Serbuan dijalankan jam 2 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan maklumat mengenai aktiviti hiburan tanpa lesen.

Hasil pemeriksaan dalam sebuah bilik bernombor 202, pihak polis menahan lapan lelaki dan seorang wanita tempatan serta dua wanita warga Indonesia, dipercayai pelanggan pusat hiburan berkenaan bagi menjalani ujian saringan air kencing.

Menurut sumber, susulan itu, pemimpin parti politik berusia lewat 40-an terbabit didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Pemimpin politik yang turut menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bersama sembilan lagi yang didapati positif dadah kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, untuk tindakan lanjut.

Seorang lagi pengunjung lelaki didapati negatif dadah.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.



Demikianlah Artikel Rizalman mengaku dialah ketua Umno bahagian yang ditahan positif syabu

Sekianlah artikel Rizalman mengaku dialah ketua Umno bahagian yang ditahan positif syabu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rizalman mengaku dialah ketua Umno bahagian yang ditahan positif syabu dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/04/rizalman-mengaku-dialah-ketua-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :