Judul : Tiada cawangan, bahagian PPBM ditubuh pada 2016, kata Muhyiddin
link : Tiada cawangan, bahagian PPBM ditubuh pada 2016, kata Muhyiddin
Tiada cawangan, bahagian PPBM ditubuh pada 2016, kata Muhyiddin
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PPBM tidak menyerahkan minit mesyuarat agung tahunan cawangan dan bahagiannya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kerana tiada cawangan atau bahagian didaftarkan 2 tahun lalu.
Presiden PPBM berkata, tiada satu pun cawangan yang didaftarkan sehingga kini dan bahagian PPBM yang paling awal mendapat sijil penubuhan daripada JPPM ialah 24 Julai 2017.
“Sudah tentu tidak masuk akal untuk mengatakan PPBM gagal mematuhi arahan JPPM dalam perkara ini.
“Tidakkah JPPM menyemak rekodnya sendiri sebelum meminta maklumat ini melalui notis Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Khamis lalu, JPPM mengarahkan pembubaran sementara PPBM kerana gagal mengemukakan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusatnya serta penyata kewangan parti itu setelah diarah berbuat demikian pada 28 Februari lalu melalui satu notis mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966.
Ia susulan aduan ahli PPBM mengenai perhimpunan agung tahunan (AGM) pertamanya pada akhir Disember lalu.
Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim dilaporkan berkata, selepas mengeluarkan perintah itu, PPBM mempunyai 30 hari untuk menyerahkan butiran dikehendaki dan parti itu akan dibubarkan sekiranya gagal berbuat demikian.
Dalam 30 hari itu, PPBM dilarang menggunakan nama dan simbolnya serta menjalankan aktiviti parti.
Muhyiddin berkata, PPBM menerusi surat bertarikh 23 November 2017, 8 Disember 2017 dan 22 Disember 2017 kepada JPPM menjelaskan semua bahagian yang belum cukup setahun penubuhan, tidak boleh mengadakan mesyuarat agung tahunan seperti termaktub dalam perlembagaan parti itu.
“Kami juga berkali-kali mengingatkan JPPM di dalam surat-surat tersebut, menurut perlembagaan PPBM yang diluluskan JPPM sendiri, Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM mempunyai kuasa mutlak untuk mentafsir perlembagaannya. Perkara ini juga semestinya berada di dalam pengetahuan JPPM.”
Beliau menyifatkan perintah pembubaran sementara JPPM sebagai “tindakan selingkuh yang melampaui kuasanya di bawah undang-undang” kerana PPBM mematuhi semua arahannya sejak awal lagi.
“Oleh itu, PPBM memfailkan satu tindakan semakan kehakiman di mahkamah untuk mencabar keputusan JPPM,” kata timbalan presiden Pakatan Harapan itu.
Muhyiddin berkata, PPBM boleh terus berfungsi sebagai sebuah parti politik sah kerana sehingga kini pendaftarannya tidak dibatalkan JPPM.
PPBM sebelum ini mendakwa JPPM melanggar Akta Pertubuhan dalam mengeluarkan perintah pembubaran sementara dan menganggap parti itu masih berfungsi untuk menjalankan sebarang aktiviti.
Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata antara sebabnya ialah perintah pembubaran sementara tidak disampaikan dengan sempurna dan oleh itu ia boleh dianggap tidak sah.
Beliau memetik Seksyen 62 Akta Pertubuhan 1966 yang memerlukan perintah seperti itu disampaikan kepada 4 pemegang jawatan di alamat berdaftar pertubuhan, tetapi JPPM tidak berbuat demikian.
Demikianlah Artikel Tiada cawangan, bahagian PPBM ditubuh pada 2016, kata Muhyiddin
Sekianlah artikel Tiada cawangan, bahagian PPBM ditubuh pada 2016, kata Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiada cawangan, bahagian PPBM ditubuh pada 2016, kata Muhyiddin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/04/tiada-cawangan-bahagian-ppbm-ditubuh.html