Judul : Wan Azizah gembira Tun M pakai lencana KEADILAN
link : Wan Azizah gembira Tun M pakai lencana KEADILAN
Wan Azizah gembira Tun M pakai lencana KEADILAN
KEADILAN DAILY
“Saya nak kongsi cerita bila mantan perdana menteri, yang dulu kita panggil dia nama macam-macam, setuju untuk pakai lambang KEADILAN.
“Kebetulan saya ada lencana KEADILAN dalam handbag. Saya keluarkan letak atas meja depan dia. Dia ambil dan lekatkan pada baju.
“Terus saya suruh Tian Chua ambil video jadi kita ada kenangan Tun Mahathir memakai lencana KEADILAN,” kata Wan Azizah sewaktu berucap pada pelancaran jentera pilihan raya KEADILAN peringkat nasional di Shah Alam, petang ini.
Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula gembira apabila Dr Mahathir yang pernah meramal KEADILAN tidak akan mampu bertahan lebih daripada 6 bulan pada satu masa dahulu akan memakai lencana itu di dadanya.
“Pada satu ketika dulu tiada ada siapa yang yakin parti ini boleh survive.
“Ada yang keluar kenyataan kata kita hanya boleh bertahan enam bulan. Dan orang yang menyatakan itu InsyaAllah akan menggunakan lambang PKR dalam PRU14,” kata Azmin sewaktu berucap di hadapan kira-kira 3,000 orang anggota KEADILAN yang berhimpun di Kompleks Belia dan Sukan di Shah Alam.
“Ini kejayaan yang telah kita capai. Tidak mudah bagi kita mencapai tahap ini,” jelas beliau, lapor Malaysiakini.
Lambang KEADILAN kini disepakati sebagai lambang tunggal parti-parti Pakatan Harapan apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan meluluskan pendaftarannya.
ROS juga menghalang Parti Peribumi Bersatu Malaysia daripada bertanding dalam pilihan raya apabila mengisytiharkan parti itu dibubarkan sementara, sejam sebelum Parlimen dibubarkan Jumaat lalu.
Demikianlah Artikel Wan Azizah gembira Tun M pakai lencana KEADILAN
Sekianlah artikel Wan Azizah gembira Tun M pakai lencana KEADILAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wan Azizah gembira Tun M pakai lencana KEADILAN dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/04/wan-azizah-gembira-tun-m-pakai-lencana.html