Zahid : DAP Letak Calon Melayu Selaras Misi Guna Logo PKR

Zahid : DAP Letak Calon Melayu Selaras Misi Guna Logo PKR - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid : DAP Letak Calon Melayu Selaras Misi Guna Logo PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid : DAP Letak Calon Melayu Selaras Misi Guna Logo PKR
link : Zahid : DAP Letak Calon Melayu Selaras Misi Guna Logo PKR

Baca juga


Zahid : DAP Letak Calon Melayu Selaras Misi Guna Logo PKR






HUTAN MELINTANG – Tindakan DAP meletakkan calon Melayu mewakili parti itu bertanding di kerusi Dun Perak sudah dijangka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu menyedari penolakan orang Melayu terhadap DAP dan langkah meletakkan calon Melayu adalah untuk menarik undi orang Melayu.

Pihaknya telah menelaah dan menjangka dari awal apabila DAP tidak menggunakan lambang parti sendiri, sebaliknya guna lambang parti lain.

“Telahan ini benar dan ia bertujuan untuk menarik pengundi Melayu menyokong calon mereka.Tentunya dengan meletakkan seorang pakar undang-undang (daripada DAP) tetapi bertanding menggunakan lambang parti lain adalah pengesahan dan agenda mereka kini terserlah.

“Mangsanya adalah Bersatu (yang dibubar sementara), Amanah dan PKR sendiri kerana sudah hampir pasti kawasan ditandingi DAP yang diletakkan calon Melayu bertujuan mencari tokoh dihajati bagi mengetuai kerajaan negeri,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata demikian mengulas tindakan DAP meletakkan pakar perundangan, Prof Dr Abdul Aziz Bari, bertanding di Dun Perak, seperti disahkan ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid meminta penduduk Parlimen Teluk Intan menilai sendiri perkhidmatan dan pembangunan yang dibawakan oleh Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong ke kawasan itu.

Katanya, hasrat Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming untuk bertanding di Parlimen Teluk Intan memperlihatkan parti itu mahu merampas kerusi yang mereka kalah sebelum ini.

“Siapapun mewakili DAP kebanyakan mereka terdiri daripada calon nomad yang berpindah tempat setiap kali tiba PRU.

“Kita tahu Mah Siew Keong adalah anak tempatan dan banyak beri perkhidmatan kepada masyarakat di Teluk Intan di samping pembangunan yang dibawa selepas PRK Teluk Intan sebelum ini,” katanya – SH




Demikianlah Artikel Zahid : DAP Letak Calon Melayu Selaras Misi Guna Logo PKR

Sekianlah artikel Zahid : DAP Letak Calon Melayu Selaras Misi Guna Logo PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid : DAP Letak Calon Melayu Selaras Misi Guna Logo PKR dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/04/zahid-dap-letak-calon-melayu-selaras.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :