Adakah PH boleh terima kekalahan?

Adakah PH boleh terima kekalahan? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adakah PH boleh terima kekalahan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adakah PH boleh terima kekalahan?
link : Adakah PH boleh terima kekalahan?

Baca juga


Adakah PH boleh terima kekalahan?

Oleh Ahmad Mustaqim
 
 
Kita perlu menolak politik persengketaan – mengurangkan tuduh-menuduh dan sekiranya sudah sampai masa kita ditolak rakyat, pemimpin perlu menerimanya dengan terbuka.
 
 
 



Adakah politik negara ini akan stabil – kembali sepi dan sunyi selepas kekalahan Pakatan Harapan (PH) nanti? Adakah sebenarnya tidak kedengaran unsur-unsur menghasut sekiranya PH kalah nanti untuk memulakan gerakan lain seperti Bersih dan sebagainya?

Adakah PH di bawah pengerusi mereka akan menerima kekalahan ini dengan baik?

Belum selesai pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sudah kedengaran tuduhan main kotor, PRU14 paling teruk, penipuan akan berlaku, tindakan-tindakan menekan akan dibuat bagi memastikan Barisan Nasional (BN)/Umno menang serta penglibatan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menipu bersama BN/Umno.

Apakah semua ini? Semua ini adalah asas-asas hasutan untuk mengapi-apikan penyokong. Ini sebenarnya tindakan menghasut dan sekiranya kalah nanti, maka alasan di atas akan digunakan untuk mengumpul kekuatan bagi mendesak dan memporak-perandakan keadaan.

Teriakan akan bermula daripada Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan keputusan PRU14 seperti yang diduga, tidak akan adil.

Datuk Seri Najib Razak dan Umno telah merampas PRU ini untuk memastikan kemenangan. Mereka telah memanipulasikan SPR dan polis untuk bertindak memastikan kemenangan mereka.

Semua ini bertujuan membela ego kepimpinan tertinggi PH, Dr Mahathir apabila kalah dan ditolak rakyat nanti.

Tindakan menyaman akan bermula. Ambil tindakan undang-undang untuk apa saja yang dikatakan penipuan – tetapi atur cara ini akan digunakan untuk propaganda – memanaskan keadaan dan sebagainya.

Sampai bila kemelut politik ini akan selesai? Kita lihat setelah PRU13 – bila Pakatan Rakyat mula mendapat tempat dalam PRU – mendapat kemenangan mereka, maka keadaan seakan-akan selesai.

Bertarung isu memang biasa dalam politik – Parlimen dan media. Keadaan seperti zaman Reformasi sudah berakhir.

Namun, adakah dengan adanya kepimpinan seperti Dr Mahathir, keadaan akan kembali menjadi teruk, sama seperti zaman Reformasi dahulu?

Adakah tindakan mengapi-apikan keadaan akan berakhir? Adakah tuduhan perompak, penyamun dan penyangak akan selesai, selepas rakyat terus mengangkat BN/Umno sebagai kerajaan nanti?

Adakah mereka akan berpuas hati menerima pilihan rakyat? Sesuatu yang perlu kita lihat bersama.

Sebenarnya keadaan politik kita sudah lama bergolak. Ketidakstabilan politik sebenarnya amat merugikan kita.

Kedudukan kita tidak akan dapat berkembang dengan baik – pembangunan kita akan terbantut tanpa kestabilan ini.

Rakyat perlu sedar dan menerima keputusan PRU14 serta tidak terikat kepada sentimen politik pembangkang, khususnya apabila mereka kalah nanti.

Setakat ini, kita sepatutnya sudah jelas menerima sikap dan pendirian “moderate” BN/Umno dalam berdepan PRU14.

Kalau Dr Mahathir boleh menyuarakan kegusarannya, kita juga sepatutnya gusar bagaimana beliau akan berdepan dengan kekalahannya nanti.

Adakah rakyat akan dihasut untuk bangkit seperti mana yang berlaku pada zaman Reformasi dahulu? Adakah ini akan menguntungkan negara kita?

Rakyat perlu bertindak terhadap sentimen politik yang dibawakan gerombolan Dr Mahathir dan PH.
Kita sebenarnya mahu menentukan kesejahteraan negara ini. Tindakan berpolitik berlebihan kerana kemahuan dan cita-cita peribadi tidak akan menguntungkan rakyat.

Kita perlu menolak politik persengketaan – mengurangkan tuduh-menuduh dan sekiranya sudah sampai masa kita ditolak rakyat, pemimpin perlu menerimanya dengan terbuka.

Rakyat boleh menilai politik hari ini yang lebih berbentuk kesederhanaan yang dibawakan BN/Umno bagi pembangunan negara dan rakyat kita.

BN/Umno jelas setelah setiap PRU akan menumpukan usaha untuk memajukan negara dan rakyat, sedangkan pembangkang akan meneruskan usaha mereka mencabar dan mahu menjadi kerajaan.

Harapan selepas PRU14 nanti ialah PH dapat menerima kekalahan dengan sebaik-baiknya, jika BN/Umno ditakdirkan menang.

*Ahmad Mustaqim ialah pembaca FMT.



Demikianlah Artikel Adakah PH boleh terima kekalahan?

Sekianlah artikel Adakah PH boleh terima kekalahan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adakah PH boleh terima kekalahan? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/adakah-ph-boleh-terima-kekalahan.html

Subscribe to receive free email updates: