Judul : AG mesti undur susulan pendedahan putera Saudi, kata Ramkarpal
link : AG mesti undur susulan pendedahan putera Saudi, kata Ramkarpal
AG mesti undur susulan pendedahan putera Saudi, kata Ramkarpal
MALAYSIAKINIPeguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali harus meletak jawatan secara sukarela berdasarkan pendedahan putera Saudi yang dikatakan mendermakan RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat membekalkan dokumen sokongan untuk membuktikannya, kata seorang ahli parlimen DAP.
Ramkarpal Singh berkata ini jelas bercanggah dengan dakwaan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bahawa jumlah wang tersebut diselewengkan dari 1MDB.
Katanya, Apandi, pada sidang akhbar 26 Jan 2016, mengisytiharkan bahawa wang RM2.6 bilion itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi dan membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.
"Memandangkan perkembangan itu, berkemungkinan bahawa Apandi diperlukan untuk membantu siasatan semasa berhubung dakwaan RM2.6 bilion tersebut dengan menyediakan kenyataan kepada pihak berkuasa khususnya tentang siasatan beliau sebelum ini.
"Sebagai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Apandi tentunya menyedari bahawa adalah sangat memalukan baginya untuk membantu siasatan sedemikian sebagai AG dan dengan itu, dia mesti meletakkan jawatan dengan serta-merta.
"Peletakan jawatannya juga membolehkan perdana menteri memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai pelantikan seorang AG baru mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan yang perlu dilakukan dengan segera memandangkan banyak kes yang siasatannya dibuka semula di mana nasihat AG kepada kerajaan adalah penting," katanya dalam satu kenyataan.
Ramkarpal Singhberkata bahawa beliau telah menyebut sebelum ini bahawa Apandi telah melampaui batasnya dan mesti meletakkan jawatan.
"Ia adalah perkara yang patut dilakukan dan mesti dilakukan sekarang tanpa sebarang kelewatan lagi," katanya.
Demikianlah Artikel AG mesti undur susulan pendedahan putera Saudi, kata Ramkarpal
Sekianlah artikel AG mesti undur susulan pendedahan putera Saudi, kata Ramkarpal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AG mesti undur susulan pendedahan putera Saudi, kata Ramkarpal dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/ag-mesti-undur-susulan-pendedahan.html