Judul : Anak muda, media baru menangkan Pakatan Harapan di Melaka
link : Anak muda, media baru menangkan Pakatan Harapan di Melaka
Anak muda, media baru menangkan Pakatan Harapan di Melaka
HUSIN MAHAT
Gelombang kesedaran anak muda yang mahukan perubahan dalam pentadbiran negara memacu gelombang perubahan di Melaka sehingga Pakatan Harapan (PH) berjaya menewaskan BN di negeri Hang Tuah itu.
Pengerusi PH Melaka Adly Zahari (foto) yakin majoriti anak muda menjauhi BN kerana kegagalan parti itu memahami masalah yang dihadapi rakyat khususnya kenaikan kos sara hidup akibat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan penyelewengan dilakukan pemimpin negara.
Bercakap kepada Malaysia Dateline, beliau juga memberikan faktor ‘media baru’ sebagai salah satu penyumbang kepada kejayaan PH di Melaka.
“Dengan adanya media baru, rakyat khususnya golongan muda lebih bermaklumat. Mereka pula menyebarkan maklumat itu kepada orang tua mereka, saudara mara dan handai taulan di kampung-kampung,” katanya.
Pengalaman beliau berkempen di kampung-kampung juga mendapati golongan tua kini lebih peka dengan perkembangan dan isu semasa dan tidak bergantung kepada media konvensional seperti akhbar dan TV bagi mendapatkan maklumat.Perpaduan yang ditunjukkan parti-parti gabungan PH juga, katanya memberi keyakinan kepada rakyat untuk memilih PH sebagai ganti kerajaan BN.
“Walaupun PH gagal didaftarkan, penggunaan satu logo (PKR) memberikan kesan positif kepada rakyat kerana menggambarkan solidariti parti-parti gabungan PH.
“Cuba bayangkan DAP yang sekian lama menggunakan lambang roket sejak 1969 rela berkorban menggunakan lambang PKR pada PRU kali ini,” katanya.
Perpaduan kukuh yang ditunjukkan PH, tambah Adly meyakinkan rakyat sekaligus menghilangkan rasa takut orang Melayu khususnya untuk melakukan perubahan.
Demikianlah Artikel Anak muda, media baru menangkan Pakatan Harapan di Melaka
Sekianlah artikel Anak muda, media baru menangkan Pakatan Harapan di Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anak muda, media baru menangkan Pakatan Harapan di Melaka dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/anak-muda-media-baru-menangkan-pakatan.html