Azmin janji muktamadkan penstrukturan air Selangor dalam masa terdekat

Azmin janji muktamadkan penstrukturan air Selangor dalam masa terdekat - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin janji muktamadkan penstrukturan air Selangor dalam masa terdekat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin janji muktamadkan penstrukturan air Selangor dalam masa terdekat
link : Azmin janji muktamadkan penstrukturan air Selangor dalam masa terdekat

Baca juga


Azmin janji muktamadkan penstrukturan air Selangor dalam masa terdekat

 
Menteri besar Selangor berkata, penstrukturan semula industri air di negeri itu ialah agenda utama kerajaan negeri pimpinannya.


Azmin Ali berkata, beliau akan segera mendapatkan persetujuan Putrajaya untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri Air Selangor.


SHAH ALAM: Penstrukturan semula industri air di Selangor ialah agenda utama kerajaan negeri dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Azmin Ali.

“Sekarang Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ialah kawan kita. Putrajaya sahabat kita. Saya kira insya Allah industri perkhidmatan air akan diselesaikan dalam masa terdekat.

 “Itu jadi agenda utama saya untuk segera dapat persetujuan Putrajaya bagi muktamadkan penstrukturan semula industri air Selangor,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) hari ini.

Pada 13 Mac lalu, Azmin dilaporkan berkata, kerajaan Selangor belum menerima laporan daripada penilai bebas yang dilantik Putrajaya berhubung proses pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).

Katanya, kerajaan negeri tidak menerima sebarang maklumat baharu sehingga kini, selepas membawa isu pengambilalihan Splash ke Dewan Rakyat pada sidang lalu.

Isu pengambilalihan Splash gagal diselesaikan sejak 2014.

Puncak Niaga Holdings Berhad menerima tawaran kerajaan Selangor mengambil alih semua ekuiti, aset dan liabiliti 2 syarikat konsesi air miliknya – Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), masing-masing berjumlah RM2.47 bilion dan RM3.11 bilion pada Mei 2014.

Ia disusuli pemegang saham Konsortium Abass Sdn Bhd yang bersetuju dengan tawaran pengambilalihan ekuiti, aset dan liabiliti air pada harga RM900 juta.



Demikianlah Artikel Azmin janji muktamadkan penstrukturan air Selangor dalam masa terdekat

Sekianlah artikel Azmin janji muktamadkan penstrukturan air Selangor dalam masa terdekat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin janji muktamadkan penstrukturan air Selangor dalam masa terdekat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/azmin-janji-muktamadkan-penstrukturan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :