Judul : 'Buang tiga bekas menteri UMNO, kami sedia menerima mereka' - Wan Azizah
link : 'Buang tiga bekas menteri UMNO, kami sedia menerima mereka' - Wan Azizah
'Buang tiga bekas menteri UMNO, kami sedia menerima mereka' - Wan Azizah
Nazialita Geynna Maharan, Astro Awani
SUNGAI SIPUT: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tindakan Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Rais Yatim dan Tun Daim Zainuddin melakukan kritikan terbuka terhadap Barisan Nasional (BN) adalah hak mereka tersendiri.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, tindakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, yang dikatakan berkemungkinan membuang ketiga-tiga bekas menteri itu bagaimanapun adalah hak parti tersebut.
"Terpulang kepada dia (Tengku Adnan), itu parti mereka, tetapi untuk seseorang seperti Tan Sri Rafidah dan Tun Daim untuk mengeluarkan kenyataan tersebut, Tan Sri Rafidah sendiri merupakan pemimpin yang sangat berkaliber.
"Sekarang mereka telah membuat keputusan, biarlah kita mempunyai hak asas untuk memilih siapa yang ingin disokong, ini adalah demokrasi.
"Sekiranya mereka (UMNO) hendak membuang mereka, terpulang. Itu parti mereka," katanya kepada pemberita ketika melawat Kg Baharu Parit Ador, di sini pada Khamis.
Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga calon kerusi Parlimen Pandan berkata, beliau akan menerima sekiranya ketiga-tiga mereka menyuarakan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).
"Sekarang kita boleh lihat... mereka merupakan tulang belakang dan penyokong teguh Barisan Nasional sebelum ini, seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pernah menjadi Perdana Menteri, malah pernah menjadi Presiden UMNO," tambahnya.
Terdahulu, Tengku Adnan memberi amaran tindakan pemecatan kepada ketiga-tiga ahli veteran parti itu susulan tindakan mereka mengkritik BN.
Rafidah melalui Facebooknya sebelum ini, menyeru rakyat menolak BN dan memberi mandat mentadbir negara kepada PH manakala Daim pula terbuka menyokong Dr Mahathir dan beberapa calon PH lain, menyatakan ia bagi memastikan masa depan lebih baik untuk generasi akan datang.
Rais pula baru-baru ini mengkritik tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya membuang gambar Dr Mahathir daripada papan iklan pembangkang.
Demikianlah Artikel 'Buang tiga bekas menteri UMNO, kami sedia menerima mereka' - Wan Azizah
Sekianlah artikel 'Buang tiga bekas menteri UMNO, kami sedia menerima mereka' - Wan Azizah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Buang tiga bekas menteri UMNO, kami sedia menerima mereka' - Wan Azizah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/buang-tiga-bekas-menteri-umno-kami.html