Judul : Bung Moktar: Parti komponen BN boleh 'mufaraqah' jika mahu
link : Bung Moktar: Parti komponen BN boleh 'mufaraqah' jika mahu
Bung Moktar: Parti komponen BN boleh 'mufaraqah' jika mahu
Shakira Buang
Masih dalam demam pascapilihan raya, seorang pemimpin Umno hari ini menegaskan mana-mana parti yang berasa ingin meninggalkan gabungan BN - yang tumpas dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu - perlu bertindak segera.
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata tindakan itu perlu supaya BN tidak lagi terpaksa berdepan dengan musuh dalam selimut.
“Lebih baik mereka meninggalkan BN seawal mungkin supaya kita tidak ada musuh dalam selimut,” katanya yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Bung Moktar Umno yang menjadi tulang belakang BN kini masih kukuh di peringkat akar umbi. Namun anggota parlimen pembangkang dari Kinabatangan itu mendakwa, ada parti lain yang tidak menyumbang apa-apa untuk BN.
"Jadi apa (faedah) mereka kekal dengan kita (BN)?" katanya.
Bung Moktar berkata demikian sebagai mengulas mengenai kemungkinan berlaku perpecahan di kalangan parti komponen BN selepas Putrajaya kini dikuasai Pakatan Harapan (HARAPAN).
Untuk kali pertama BN terlepas daripada kuasa apabila hanya memenangi 79 kerusi parlimen berbanding 122 HARAPAN. PAS pula jauh tertinggal di belakang dengan hanya 18 kerusi walaupun sebelum PRU parti itu menguar-uarkan untuk menang 112 kerusi.
Menurut Bung Moktar kenyataannya itu bukan bermaksud Umno mahu memaksa mana-mana parti komponen meninggalkan BN.
Namun katanya pada masa sama Umno tidak akan menghalangnya.

“Kita tidak minta sesiapa keluar, tapi siapa yang yang mahu bersama, kita akan teruskan, siapa yang mempunyai hasrat nak keluar, dipersilakan.
“Walaupun kita akan jadi kumpulan yang kecil, sekurang-kurangnya kita (lebih) kuat dan membantu kemenangan parti,” katanya.
Akan letak jawatan
Sementara itu mengulas pengunduran Ketua Umno Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bagi semua jawatannya dalam parti Bung Moktar menjangkakan akan lebih ramai pemimpin parti itu mengambil tindakan sama.
“Saya rasa ramai lagi akan berbuat demikian.
"Saya dengar sebelum ini Ketua Umno Kuala Terengganu (akan mengambil tindakan sama dengan) Dr Helmi. Tapi tak ada masalah kerana pemimpin datang dan pergi, namun parti mesti diteruskan,” katanya.
Pengunduran Dr Hilmi dinyatakan dalam satu kenyataan semalam. Jawatan ketua bahagian kini dipangku timbalannya Datuk Dr Muhamad Farid Saad.
Dalam perkembangan lain, Bung Moktar turut mengesahkan beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Felcra.
Menurut beliau, surat perletakkan jawatan itu akan dikemukakan kepada agendi kerajaan pada akhir Mei ini.
“Saya akan menghantar surat perletakan jawatan insya-Allah hujung bulan ini,” katanya.
Demikianlah Artikel Bung Moktar: Parti komponen BN boleh 'mufaraqah' jika mahu
Sekianlah artikel Bung Moktar: Parti komponen BN boleh 'mufaraqah' jika mahu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bung Moktar: Parti komponen BN boleh 'mufaraqah' jika mahu dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/bung-moktar-parti-komponen-bn-boleh.html