Judul : Calon Bebas DUN Bugaya tarik diri, sokong calon BN
link : Calon Bebas DUN Bugaya tarik diri, sokong calon BN
Calon Bebas DUN Bugaya tarik diri, sokong calon BN
THE MALAYSIAN TIMES
SEMPORNA: Calon Bebas yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Abdul Muksin Mohamad Hasan menarik diri dan menyertai Barisan Nasional (BN) hari ini.
Abdul Muksin berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan rakan seperjuangan Bebas serta keluarga terdekat.
Calon Bebas yang menggunakan logo jentolak itu berkata, dia percaya hanya kerajaan BN mampu memerintah dan membawa kecemerlangan terutamanya kepada daerah Semporna.
“Hari ini saya bersama kira-kira 200 penyokong memilih untuk menyertai BN demi kemajuan DUN Bugaya dan rakyat,” katanya pada majlis bersama rakyat di Kampung Indani, di sini, hari ini.
Majlis itu turut dihadiri calon BN di DUN Bugaya Datuk Abdul Razak Sakaran.
Sebelum ini, DUN Bugaya menyaksikan persaingan enam penjuru melibatkan Abdul Razak (BN),
Manis Muka Mohd Dara (Warisan), Mahamod Sarahil (PAS), Kulli Maralam (Parti Kebangsaan Sabah) serta Mohammad Said Tiblan (Parti Pakatan Rakyat Sabah) dan Abdul Muksin (Bebas).– Bernama
Demikianlah Artikel Calon Bebas DUN Bugaya tarik diri, sokong calon BN
Sekianlah artikel Calon Bebas DUN Bugaya tarik diri, sokong calon BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Calon Bebas DUN Bugaya tarik diri, sokong calon BN dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/calon-bebas-dun-bugaya-tarik-diri.html