Judul : 'Gesaan timbalan perdana menteri II tak wakili pendirian DAP Sarawak'
link : 'Gesaan timbalan perdana menteri II tak wakili pendirian DAP Sarawak'
'Gesaan timbalan perdana menteri II tak wakili pendirian DAP Sarawak'
DAP Sarawak menjelaskan pihaknya tidak akan melobi kerajaan bagi menggesa pelantikan timbalan perdana menteri II.
Setiausaha Publisiti DAPSY Abdul Aziz Isa sebelum ini menggesa pelantikan timbalan perdana menteri II yang bertanggungjawab dengan hal ehwal Sabah dan Sarawak.
Susulan itu, naib pengerusi DAP Sarawak Leon Jimat Donald hari ini menjelaskan bahawa kenyataan Abdul Aziz tidak mencerminkan pendirian parti.
"Pendapat Abdul Aziz hanya kenyataan peribadinya, yang tidak mewakili pendirian DAP Sarawak.
"Saya ingin mengulangi bahawa DAP Sarawak akan patuh pada konsensus yang dipersetujui dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri II tanpa prestij dan kuasa dan hanya untuk perhiasan tanpa fungsi sebenar.
"DAP Sarawak akan menumpukan untuk menggesa dasar yang memberi manfaat kepada semua rakyat Sarawak dan bukannya hanya menuntut jawatan dalam kementerian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Setiausaha Agung HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah semalam menjelaskan bahawa tiada janji timbalan perdana menteri II bagi Malaysia Timur yang dibuat HARAPAN dalam manifesto pilihan raya pada Maca lalu.
Bagaimanapun, dalam manifesto Sabah September tahun lalu, HARAPAN sebelum ini berjanji seorang perdana menteri dari Malaysia Timur akan dilantik.
Demikianlah Artikel 'Gesaan timbalan perdana menteri II tak wakili pendirian DAP Sarawak'
Sekianlah artikel 'Gesaan timbalan perdana menteri II tak wakili pendirian DAP Sarawak' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Gesaan timbalan perdana menteri II tak wakili pendirian DAP Sarawak' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/gesaan-timbalan-perdana-menteri-ii-tak.html