Guan Eng: Tiada pertindihan tugas Kementerian Ekonomi, Kewangan

Guan Eng: Tiada pertindihan tugas Kementerian Ekonomi, Kewangan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng: Tiada pertindihan tugas Kementerian Ekonomi, Kewangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng: Tiada pertindihan tugas Kementerian Ekonomi, Kewangan
link : Guan Eng: Tiada pertindihan tugas Kementerian Ekonomi, Kewangan

Baca juga


Guan Eng: Tiada pertindihan tugas Kementerian Ekonomi, Kewangan

 
Lim Guan Eng berkata, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan menguruskan dasar yang dibuat di bawah Jabatan Perdana Menteri.




Lim Guan Eng berkata, Kementerian Kewangan seperti biasa akan menguruskan hal berkaitan kewangan.

GEORGE TOWN: Tidak ada sebarang pertindihan tugas di antara Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan, kata Lim Guan Eng yang dinamakan sebagai menteri kewangan.

“Saya rasa tidak, Kementerian Kewangan seperti biasa Kementerian Kewangan. Saya rasa di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi adalah dasar seperti yang dibuat sebelum ini di bawah JPM (Jabatan Perdana Menteri),” katanya mengulas 2 portfolio berkenaan di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan sebelum ini mengumumkan nama 9 lagi ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang dilantik sebagai menteri persekutuan, termasuk Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai menteri hal ehwal ekonomi.

Lim bagaimanapun berkata, terpulang kepada Azmin yang juga menteri besar Selangor untuk menerima jawatan tersebut.

“Ini pun terpulang kepada Datuk Seri Azminlah, beliau pun ada hubungi saya semalam…beliau belum membuat keputusan lagi, sama ada hendak terima atau lepaskan jawatan menteri besar, jadi kita tunggu keputusan beliau.”

Sementara itu, berhubung pemansuhan tol di jambatan Pulau Pinang pertama yang pernah dijanjikan PH pada pilihan raya umum baru-baru ini, sekiranya berjaya menawan Putrajaya, Lim berkata, apa yang akan dilaksanakan terlebih dahulu adalah janji PH dalam 100 hari.

“Saya sudah sebut sebelum ini, biarlah kita uruskan tentang janji-janji dalam 100 hari. Selepas ini kita akan berikan tumpuan kepada perkara-perkara lain.

“Kita pun kena memberikan pertimbangan penyata-penyata kewangan yang diumumkan sama ada ia tepat atau tidak, saya rasa kita kena buat semakan dan penyelidikan lebih lanjut, yang mana apa saya lihat nampaknya bukan sepertimana yang diura-urakan, ‘so’ kita kena berhati-hati.”

Beliau berkata, apa yang penting sekarang ialah mendapatkan maklumat kewangan sepenuhnya terlebih dahulu.

“Jadi, biarlah kita dapat maklumat kewangan sepenuhnya dahulu, saya rasa itu lebih pentinglah…kerana kita pun hendak pastikan tidak ada mana-mana maklumat atau fail yang tidak didedahkan.”



Demikianlah Artikel Guan Eng: Tiada pertindihan tugas Kementerian Ekonomi, Kewangan

Sekianlah artikel Guan Eng: Tiada pertindihan tugas Kementerian Ekonomi, Kewangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng: Tiada pertindihan tugas Kementerian Ekonomi, Kewangan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/guan-eng-tiada-pertindihan-tugas.html

Subscribe to receive free email updates: