Judul : Harga minyak kekal walaupun harga dunia melonjak
link : Harga minyak kekal walaupun harga dunia melonjak
Harga minyak kekal walaupun harga dunia melonjak
Zikri KamarulzamanHarga minyak kekal walaupun harga pasaran dunia kini mencecah lebih AS$70 setong, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Harga pam tetap sama, kita tidak akan menaikkan harga," katanya pada sidang akhbar pertama kabinet di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.
Susulan pemansuhan subsidi, harga minyak di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, adalah berdasarkan sistem apungan mingguan.
Walau bagaimanapun, menjelang pilihan raya umum ke-14, harga minyak tetap tidak berubah sejak 22 Mac.
Sementara itu, Mahathir berkata pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh dilaksanakan pada bila-bila masa.
"Ini terpulang kepada Kementerian Kewangan, buat masa ini adalah 1 Jun.
"Mengenai tol dan sebagainya, kita akan buat mengikut manifesto Pakatan Harapan," katanya.
Demikianlah Artikel Harga minyak kekal walaupun harga dunia melonjak
Sekianlah artikel Harga minyak kekal walaupun harga dunia melonjak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Harga minyak kekal walaupun harga dunia melonjak dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/harga-minyak-kekal-walaupun-harga-dunia.html