Judul : HUDUD : “KITA TENGOK KEMUDIAN..” – NIK OMAR
link : HUDUD : “KITA TENGOK KEMUDIAN..” – NIK OMAR
HUDUD : “KITA TENGOK KEMUDIAN..” – NIK OMAR
Anak kepada Allahyarham Datuk Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar memberi jawapan selamat berhubung pelaksanaan hukum hudud jika Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14. (PRU-14).
Calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka itu enggan mengulas lanjut berhubung persoalan itu, sebaliknya berkata perkara itu akan dinilai kemudian.
“Kita tengok selepas ini (PRU-14) macam mana,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program bersama pemimpin PH di Shah Alam, pada Khamis.
Terdahulu Nik Omar dalam ucapannya menafikan beliau mengkhianat perjuangan arwah bapanya apabila bertindak keluar PAS.
“Tidak timbul isu saya telah mengkhianati perjuangan tok guru (arwah Nik Abdul Aziz). Saya tetap membawa perjuangan tok guru dan saya rasakan apa yang saya lakukan adalah selaras perjuangan tok guru,” katanya.
Allahyarham Nik Abdul Aziz sepanjang hayatnya bersama PAS konsisten memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud sejak 20 tahun lalu.
Ketika Nik Abdul Aziz menjawat jawatan Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan antara individu yang lantang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud.
PAS telah memutuskan tahaluf siyasi bersama DAP disebabkan tindakan DAP yang tidak menghormati dasar perjuangan PAS apabila agresif menentang hudud, termasuk membantah sebahagian agenda Islam yang diperjuangkan oleh PAS seperti usul meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355 ).
Demikianlah Artikel HUDUD : “KITA TENGOK KEMUDIAN..” – NIK OMAR
Sekianlah artikel HUDUD : “KITA TENGOK KEMUDIAN..” – NIK OMAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HUDUD : “KITA TENGOK KEMUDIAN..” – NIK OMAR dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/hudud-kita-tengok-kemudian-nik-omar.html