Ibu berkempen untuk PAS di Chempaka: Nik Abduh

Ibu berkempen untuk PAS di Chempaka: Nik Abduh - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibu berkempen untuk PAS di Chempaka: Nik Abduh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu berkempen untuk PAS di Chempaka: Nik Abduh
link : Ibu berkempen untuk PAS di Chempaka: Nik Abduh

Baca juga


Ibu berkempen untuk PAS di Chempaka: Nik Abduh

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa ibunya,  Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak akan berkempen untuk PAS di DUN Chempaka dan Parlimen Pengkalan Chepa.
 
Perkara tersebut dimaklumkan Nik Mohamad Abduh menerusi entri di laman Facebook semalam.
 
Beliau berkata, pada asalnya ibu beliau hanya  akan menumpukan kempennya di P025 Bachok atas faktor kesihatan yang sedikit membataskan pergerakannya.
 
"Akan tetapi disebabkan ada sedikit gangguan daripada dalam keluarga kami terhadap PAS di DUN Chempaka khususnya, maka bonda memutuskan untuk turut bersama jentera muslimat parti ini di sana.
 
"Saya bagi pihak seluruh keluarga al Aziziyah dengan ini, dengan penuh rasa dukacita yang amat sangat ingin memohon banyak-banyak kemaafan kepada jentera PAS di seluruh negara dan juga seluruh rakyat Malaysia amnya di atas kemalangan yang berlaku pada dua hari lepas. Ia sesuatu yang amat sukar," katanya.
 
Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, ibunya kini memilih untuk berehat beberapa hari bagi merawat luka hatinya akibat 'tembakan' yang dilepaskan semenjak lebih 30 tahun lalu.
 
"Dua hari lalu, tembakan itu tepat singgah ke jantung bonda. Ini adalah tembakan kedua yang terpaksa ditanggung oleh bonda selepas tembakan pertama yang meranapkan jiwanya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad lebih 15 tahun lalu apabila salah seorang anaknya ditahan di bawah ISA.
 
"Mahathir dan Ikram itu hari ini bersama-sama bersatu bekerja keras meruntuhkan kerajaan Islam negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS," katanya.
 
Beliau turut menasihati Nik Omar agar pulang ke rumah ibunya.
 
"Suka saya menasihati dan menyarankan beliau untuk merujuk kepada kisah agung seorang khalifah Islam yang sah dibai'ah oleh umat Islam selepas kematian Yazid bin Muawiyah iaitu al sahabiy al 'Aa'iz bil Bait Abdullah Ibn al Zubair radhiaLlahu anhuma.
 
"Hayati bait-bait penuh air mata antara beliau dan bondanya Asma' binti Abu Bakar (kakak kepada Ummul Mukminin 'Aisyah binti Abu Bakar) radhiaLlahu anhum saat beliau memohon pandangan dan restu bondanya itu bagi menempuh kemuncak kesukaran di dalam membuat keputusan di sepanjang hidupnya," katanya.
 
Jelasnya lagi, Ibu adalah menara kehidupan dan jangan berbicara soal ayahanda, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat jika ibunya tiada disisi.
 
"Siapa ayahanda tanpa seorang bonda yang paling memahami pahit getir kehidupan seorang suami bergelar pejuang.
 
"Siapa kita tanpa bonda. Sekadar air mani terbuang hina," katanya.
 
Nik Omar, anak kedua bekas mursyidul am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz itu mengejutkan politik PAS menjelang PRU14 minggu depan, apabila beliau muncul pada hari penamaan calon dengan mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding kerusi DUN Chempaka sebagai calon Amanah.
 
Kerusi berkenaan dianggap kubu kuat PAS yang mana pernah disandang  Nik Abdul Aziz  sejak pilihan raya umum ke-9 pada 1995.
 
 


Demikianlah Artikel Ibu berkempen untuk PAS di Chempaka: Nik Abduh

Sekianlah artikel Ibu berkempen untuk PAS di Chempaka: Nik Abduh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibu berkempen untuk PAS di Chempaka: Nik Abduh dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/ibu-berkempen-untuk-pas-di-chempaka-nik.html

Subscribe to receive free email updates: