Judul : Kekalahan memalukan di PRU 14, masih ‘relevankah’ MIC?
link : Kekalahan memalukan di PRU 14, masih ‘relevankah’ MIC?
Kekalahan memalukan di PRU 14, masih ‘relevankah’ MIC?
THE MALAYSIAN TIMES
SELEPAS menerima pukulan politik kuat yang memalukan pada pilihan raya umum yang ke-14 dengan hanya memenangi dua kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri, MIC yang kerap mendabik dada sebagai wakil kaum India di negara ini kini berdepan dengan satu fenomena yang paling pahit dalam sejarah politik parti itu.
Persoalannya, apakah MIC masih relevan lagi? apakah MIC mampu berdiri sendiri selepas Barisan Nasional yang menjadi tunjang kekuatan selama ini tersingkir dan terkeluar dari status parti pemerintah buat pertama buat pertama kali selepas 60 tahun?
Perlu di ingat, keputusan plilhan raya umum ke 12 dan 13 sebelum ini telah memberikan pengajaran politik yang ‘jelas’ kepada parti itu namun, mereka gagal membaca isyarat masyarakat. MIC juga bersikap terlalu leka kerana terlalu harapkan pengaruh BN dapat menyelamatkan kedudukan mereka.
Mereka bersikap angkuh dan sombong kerana satu-satunya parti politik mewakili masyarakat India di Barisan Nasional dan Kabinet.
Kepimpinan MIC hanya mementingkan faktor ‘politik dalaman’ parti dan terlalu ‘sibuk’ dengan urusan meminda perlembagaan parti itu untuk kepentingan politik pihak tertentu ketika semua parti politik lain sedang bertungkus-lumus menghadapi cabaran pilihan raya umum ke-14.
Inilah yang berlaku pada perhimpunan agung parti itu pada tahun lepas di mana parti itu gagal mengunakan platform tersebut untuk membincangkan isu-isu politik yang lebih terdesak dan kritikal.
KRISIS PEMILIHAN
Malah, MIC jugan berdepan dengan krisis pemilihan parti yang telah ditangguhkan hampir dua tahun di mana barisan kepimpinan sekarang hanyalah dipilih melalui ‘pemilihan semula’ selepas diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2014.
Persoalan apakah MIC sudah mendapat mendapat kebenaran daripada ROS untuk menangguhkan pemilihan parti secara ‘hitam putih’ ataupun sebaliknya masih menjadi satu lagi persoalan hangat.
Umum juga mengetahui konflik dalaman parti itu pada 2014 hingga 2015 sehingga di mana Datuk Seri G. Palanivel disingkirkan daripada jawatan Presiden atas alasan ‘hilang kelayakan’ sebagai ahli parti menyebabkan ramai penyokong ‘tegar’ bekas Presiden itu hilang jawatan di semua peringkat.
Ramai di kalangan mereka merupakan pemimpin yang cukup berpengalaman dan ‘berpengaruh’ dalam parti itu.

Dr Subramaniam pula sekadar memberikan janji ‘ala kosmetik’ kepada penyokong Palanivel kononnya mahu merapatkan saf parti serta memupuk semangat perpaduan dalam parti itu.
Jelas sekali beliau tidak ikhlas dalam ‘mengotakan janjinya’ dan bersifat ‘lepas tangan’. Beberapa pemimpin yang satu ketika pernah berjuang untuk parti itu turut meninggalkan MIC dan ramai juga yang ‘menjarakkan diri’.
Subramaniam gagal menyatupadukan parti yang dipimpinnya sendiri sebelum PRU14 walaupun beliau boleh menyedarai ‘kisah benar’ senario politik dalaman parti itu temasuk juga harapan masyarakat India terhadap parti itu.
Masyarakat India hanya mengharapkan MIC dapat memperjuangkan hak mereka, menjamin masa depan mereka serta menjadi sebuah parti yang tegas dan utuh sebagai suara keramat komuniti itu di negara ini.
Mereka juga sudah merasa jemu dan bosan dengan perangai politik pemimpin MIC serta hala tuju parti itu yang gagal membaca ‘bisikan hati’ komuniti itu selepas menerima dua tamparan hebat pada PRU12 pada 2008 dan PRU13 pada 2013.
Bukan sekali, tapi dua kali namun ‘perwatakan politik’ parti itu tidak langsung berubah walaupun banyak suara-suara mengenai ‘tranformasi politik’ kedengaran bermula dari tahun 2008 hingga 2018. Akhirnya segala-galanya menjadi cakap-cakap politik yang cakap tak serupa bikin.
Realitinya, MIC gagal keluar dari ‘zon penafian’. Akibatnya parti itu hanya mampu memenangi 2 kerusi Parlimen dan 3 DUN di PRU14 pada minggu lepas, satu keputusan yang paling teruk, kritikal dan memalukan dalam gelanggang pilihanraya umum.
MIC hanya mampu memenangi dua kerusi Parlimen iaitu di Tapah dan Cameron Highlands , itupun dengan majoriti yang tipis.
Manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri pula parti itu hanya mampu pertahankan DUN Tenggaroh, Kahang di Johor manakala DUN Jeram Padang di Negeri Sembilan.
Pada PRU13 pada 2013, parti itu dibawah pimpinan Datuk Seri G.Palanivel berjaya menang 4 kerusi Parlimen dan 8 DUN daripada 9 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN yang ditandinginya.
Pada PRU 12 pada 2008 MIC menang 3 kerusi Parlimen dan 7 DUN. Pada PRU ke 12 itulah pemimpin utama parti itu tewas termasuk Tun Dr.S. Samy Vellu .
MENUDING JARI
Setiap kali apabila fenomena seperti ini muncul ramai pihak dalam parti akan cuba menuding jari antara satu sama lain dan sekali lagi akan bercakap mengenai perubahan, reformasi politik sebagainya. Tetapi mereka gagal untuk melihat kelemahan masing-masing. Kita pun sudah penat dan malas mendengarnya.
MIC perlu ingat, status parti itu merupakan wakil tunggal masyarakat India di negara ini sudah tiada lagi. Kerajaan BN juga sudah bertukar menjadi pembangkang.
Malah masyarakat India di PRU14 kali ini bukan sahaja ‘menolak BN’ malah tahap ‘kemarahan’ mereka terhadap MIC berada di tahap memuncak sejak beberapa tahun lepas.
Secara logiknya, masyarakat India di negara ini juga sudah tidak bergantung dengan MIC lagi. Malah melalui gabungan Pakatan Harapan, seramai 14 Ahli Parlimen beragama India menang dengan bergaya pada PRU14 minggu lepas. Ini merupakan satu sejarah baru dalam landskap politik Malaysia Baru untuk kaum India.
Keputusan PRU14 juga menunjukkan masyarakat India menuntut perubahan bagi menegakkan keadilan dalam sistem politik negara. Jarang sekali situasi seperti ini berlaku, malah PRU ke 2008 ketika ‘gelombang makkal sakti’ mengegarkan arena politik negara , mereka hanya memberikan isyarat awal namun BN.
Pada PRU ke13 BN masih mendapat sokongan mereka tetapi tidak sekuat yang diharapkan, itupun kerana kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Banyak isu yang boleh dikupas dan diulas mengenai permasalahan masyarakat India di negara ini. Yang paling ketara ialah kelemahan dalam sistem penyampaian, pemantauan dan perlaksanaan dalam segala hal berkaitan dengan pembangunan komuniti itu seiring dengan proses pembangunan negara.
Walaupun Perdana Menteri memberikan arahan, banyak sangat ‘litte napoleans’yang tidak serius dalam proses ‘perlaksanaan’ , akhirnya yang tinggal ialah faktor ‘ketidakpuastian’ dikalangan masyarakat India.
Siapa yang perlu di salahkan dalam situasi seperti ini? kerajaan ataupun parti politik?
Tidak dinafikan MIC dapat bertahan selama ini kerana faktor ‘Najib’ dimana kepimpinan parti itu sering menggunakkan segala pendekatan bekas Perdana Menteri untuk membantu menangani permasalahan masyarakat India di negara di bawah kepimpinan beliau dimana ianya dijadikan ‘modal politik’ namun parti itu sendiri gagal menyakinkan perananya sebagi pejuang untuk komuniti itu.
Sudah tentu Najib Tun Razak telah memberi tumpuan khusus dalam soal pembangunan masyarakat India di negara ini melalui pelbagai kaedah, tindakan, rancangan. ‘Nandri’ (Terima kasih Najib) namun MIC gagal menjadi ‘rakan sepasukanya’ yang efektif.
KEGAGALAN MIC
Masyarakat India juga mahu melihat sebarang usaha kerajaan untuk komuniti itu bersifat inklusif dan bebas daripada parti pengaruh politik termasuk nilai integriti dan ketelusan diutamakan.
Berbalik kepada soal peruntukkan dan dana yang diagihkan untuk masyarakat India selama ini termasuk untuk pembangunan sekolah Tamil dan sebagainya , perlu ada dasar keterbukaan dimana masyarakat perlu dimaklumkan mengenai butiran perbelanjaan , penerima dan sebagainya tanpa sebarang ‘sekatan’.
Kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan perlu merombak semula peranan dan struktur organisasi Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) yang ditubuhkan di bawah era BN yang di ihamkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tidak dinafikan peranan unit tersebut memang dihargai dan disokong namun perananya ianya terjejas teruk dengan pengaruh parti politik dimana ‘ banyak tangan disebalik tabir’ bertopengkan parti politik telah menjejaskan reputasi badan tersebut. Terpulang kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk memutuskan hala tujunya.
KRITIKAL DAN NAZAK
Dari segi politik pula,MIC perlu akui bahawa masa depan parti itu berada dalam persimpangan politik yang paling ‘kritkal dan nazak’. Amaran demi amaran telah diberikan sebelum ini namun kepimpinan parti itu masih bermain politik ‘syok sendiri’ untuk menjaga kepentingan kumpulan tertentu dalam parti itu.
Apalah ada parti sekiranya sudah hilang kuasa. Peringatan ini sudah banyak kali dilontarkan namun langsung tidak diendahkan, akhirnya itulah yang terjadi ketika ini.
Sudah tentu Dr .Subramaniam perlu meletakkan jawatanya sebagai Presiden serta mengambil tanggungjawab diatas kekalahan paling ‘teruk’ dalam sejarah parti itu.

Pada masa yang kesemua barisan tertinggi MIC juga perlu memikul tanggung jawab secara bersama dan bersedia untuk ‘berkorban’ demi survival dan serta masa depan parti itu yang ditubuhkan pada 1974, parti yang kedua tertua di negara ini selepas UMNO.
Landskap politik negara sudah berubah secara drastik pada PRU ke 14 kali ini. Suara dan kebangkitan generasi muda semakin kuat , menonjol dan menyerlah dalam proses penentuan hala politik negara. Jumlah pengundi muda semakin meningkat, malah dalam tempoh lima tahun lagi untuk PRU ke 15 nanti, suara generasi mudalah bakal menentukan kuasa politik negara ini.
MIC juga perlu menerima hakikat bahawa, suara generasi muda perlu diperkasakan, diperkukuhkan di parti itu. Inilah peluang terakhir untuk parti itu untuk bangkit , sekurang – kurangnya dapat membina satu ‘imej baru’ untuk generasi akan datang. Berikan kebebasan politik kepada generasi itu dalam parti.
Janganlah teralu ghairah mahu merebut jawatan dalam parti selepas ini. Jawatan dalam parti tidak semestinya mengembalikan semula keyakinan masyarakat India. Bentuklah satu pasukan yang berwibawa untuk mara ke depan. Sekurang – kurangnya harapan itu masih ada lagi.
Perjuangan, pengorbanan kumpulan veteran ataupun pemimpin senior dalam parti itu amat dihargai. Tanpa mereka , MIC entah ke mana. Namun, masa sudah berubah, percaturan politik pun sudah ke tahap yang lain. Terimalah dengan hati yang terbuka ‘realiti’ itu .
Ini bukan masa mahu tunjuk kekuatan dalam angka kononya parti itu dianggotai lebih 500 – 600 ribu ahli dengan 4 ribu cawangan tetapi tewas di medan pilanraya umum.Sekiranya angka – angka tersebut hanya cantek diatas kertas apalah gunanya? Buatlah proses pemutihan dan pembersihan dengan serius sekiranya mahu terus ‘hidup’ dalam kancah politik negara. Masa semakin suntuk….sama ada rebah ataupun bangkit …? Rakyat sudah bersuara!
Demikianlah Artikel Kekalahan memalukan di PRU 14, masih ‘relevankah’ MIC?
Sekianlah artikel Kekalahan memalukan di PRU 14, masih ‘relevankah’ MIC? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kekalahan memalukan di PRU 14, masih ‘relevankah’ MIC? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/kekalahan-memalukan-di-pru-14-masih.html