Judul : Khairy Jamaluddin sedia 'serah tugas' kepada Syed Saddiq
link : Khairy Jamaluddin sedia 'serah tugas' kepada Syed Saddiq
Khairy Jamaluddin sedia 'serah tugas' kepada Syed Saddiq
Siti Nursyazwani, Astro Awani

Khairy (kanan) berharap Syed Saddiq dapat memimpin golongan belia dengan baik.
KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersedia untuk menyerahkan tugasnya memimpin golongan belia di negara ini kepada pemimpin muda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menerusi laman Twitternya, Khairy berharap Ketua Armada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berusia 26 tahun itu dapat memimpin golongan belia dengan baik.
Ini susulan kejayaan PH dalam menewaskan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam.
Tanda penghargaan Ketua Pemuda UMNO dan Barisan Nasional itu sebagai reaksi kepada posting Syed Saddiq yang berterima kasih atas usaha Khairy dalam memipin belia di negara ini melalui portfolio hebat dalam agenda pembangunan belia.
Syed Saddiq turut berharap untuk bekerjasama dengan Khairy berhubung pembangunan golongan belia di Malaysia.
Dalam pada itu, posting Khairy turut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata turut berterima kasih atas usaha serta pengorbanan beliau.
Ada juga yang mengharapkan kedua-dua pemimpin muda ini bersatu untuk membentuk dan membangunkan golongan belia.
BACA: Selamat maju jaya, Malaysia - Khairy Jamaluddin
Demikianlah Artikel Khairy Jamaluddin sedia 'serah tugas' kepada Syed Saddiq
Sekianlah artikel Khairy Jamaluddin sedia 'serah tugas' kepada Syed Saddiq kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Khairy Jamaluddin sedia 'serah tugas' kepada Syed Saddiq dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/khairy-jamaluddin-sedia-serah-tugas.html