Khidmat Amar Singh disambung

Khidmat Amar Singh disambung - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khidmat Amar Singh disambung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khidmat Amar Singh disambung
link : Khidmat Amar Singh disambung

Baca juga


Khidmat Amar Singh disambung

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyambung khidmat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang akan bersara wajib pada Jun depan, berikutan penglibatannya mengendalikan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kontrak Amar Singh akan disambung oleh Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) mengikut tempoh tertentu yang ditetapkan.

Selain itu, Mohamad Fuzi juga mengesahkan bahawa Datuk Abdul Hamid Bador telah dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa Rabu lepas.

“Beliau (Abdul Hamid) menggantikan Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang sebelum ini menjawat jawatan berkenaan telah bersara dan ditamatkan kontraknya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pasukan Polis,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bungkusan kuih raya PDRM di Bukit Aman di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas pendedahan dibuat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada Selasa lepas berhubung keselamatannya diancam ketika menjalankan siasatan kes 1MDB sebelum ini, Mohamad Fuzi berkata setakat ini tiada laporan polis yang dibuat oleh Mohd Shukri.

“Kami sedia maklum dengan apa yang beliau (Mohd Shukri) dedahkan bahawa keselamatannya diancam ketika menyiasat 1MDB,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi turut menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada SPRM berhubung serbuan di kediaman dan pejabat bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

“Daripada perspektif PDRM, kami belum menerima sebarang petunjuk kes ini, biar SPRM siasat berdasarkan perspektif mereka, maka kami hanya tunggu perkembangan selanjutnya,” katanya.

Rabu lepas, SPRM merampas sebahagian daripada wang tunai RM500,000 milik Abdul Azeez yang dikatakan untuk digunakan bagi misi ke Gaza, Palestin.– Bernama



Demikianlah Artikel Khidmat Amar Singh disambung

Sekianlah artikel Khidmat Amar Singh disambung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khidmat Amar Singh disambung dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/khidmat-amar-singh-disambung.html

Subscribe to receive free email updates: