Kilang asing di MCKIP diserbu kali kedua kerana curi air

Kilang asing di MCKIP diserbu kali kedua kerana curi air - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kilang asing di MCKIP diserbu kali kedua kerana curi air, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kilang asing di MCKIP diserbu kali kedua kerana curi air
link : Kilang asing di MCKIP diserbu kali kedua kerana curi air

Baca juga


Kilang asing di MCKIP diserbu kali kedua kerana curi air

Noraniza Kamsani, Astro Awani
Kilang asing di MCKIP diserbu kali kedua kerana curi air
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (kiri) melihat penyambungan haram yang dibuat sebuah kilang asing di MCKIP, Gebeng yang dikesan mencuri air buat kali kedua dalam tempoh seminggu- foto Astro AWANI
 

KUANTAN: Sebuah kilang asing yang terletak di dalam Taman Industri Kuantan Malaysia China (MCKIP) di sini, dikesan mencuri air buat kali kedua selepas tidak sampai seminggu kerja pemotongan dan penyitaan dilakukan oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN).
 
Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna, Bahagian Pengurusan Korporat SPAN, Mohd Fazil Ismail berkata, hasil pemeriksaan kali kedua hari ini, mendapati kilang yang sama sekali lagi membuat penyambungan haram dipercayai dipasang petang semalam.
 
"Pada 16 Mei lalu kita sudah mengambil tindakan dengan memotong penyambungan berkenaan yang dipercayai sudah dipasang sejak Januari lalu.  Kita juga dapati sebanyak 327,000 meter padu air telah dicuri oleh kilang ini berdasarkan meter yang ada pada penyambungan haram itu.
 
"Jumlah kerugian air yang dicuri adalah sebanyak RM500,000, namun ia sudah dibayar oleh kilang berkenaan pada 18 Mei lalu. Tetapi yang menghairankan kami, kilang ini kembali membuat penyambungan haram tanpa membuat sebarang pemohonan," katanya ketika ditemui selepas membuat pemeriksaan mengejut di tapak kilang berkenaan di sini, hari ini.

Pemeriksaan berkenaan turut disertai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum,  Sim Chon Siang  dan Ketua Cawangan Wilayah Timur (Pejabat Cawangan Pahang) SPAN, Arni Shahrina Shaharum.
 
Mohd Fazil berkata, pihaknya juga mendapati, paip yang digunakan juga tidak mengikut spesifikasi apabila menggunakan paip saiz 300 millimeter (mm) berbanding saiz yang dibenarkan iaitu 600 mm.
 
"Pihak kami mengambil tindakan untuk membuang sambungan haram ini pada hari ini juga. Penyambungan haram ini kita akan cabut sehingga ke valve supaya kilang ini tidak lagi membuat penyambungan haram selepas ini.
 
"Walaupun kilang ini sudah membayar jumlah air yang dicuri, namun tindakan mahkamah akan diteruskan mengikut peruntukkan undang-undang sedia ada. Kita juga minta pihak kilang untuk membuat permohonan bagi membuat penyambungan air sementara kepada pihak SPAN," katanya.
 
Sementara itu, Fuziah berkata, ketika warga Kuantan berhadapan dengan krisis air, syarikat milik negara asing mencuri air dan ini perkara yang tidak boleh diterima.
 
“Saya akan berbincang dengan pihak SPAN untuk mengambil tindakan susulan kerana mereka ini tak ambil peduli tentang undang-undang,” katanya
 
 


Demikianlah Artikel Kilang asing di MCKIP diserbu kali kedua kerana curi air

Sekianlah artikel Kilang asing di MCKIP diserbu kali kedua kerana curi air kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kilang asing di MCKIP diserbu kali kedua kerana curi air dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/kilang-asing-di-mckip-diserbu-kali.html

Subscribe to receive free email updates: