Krisis Perlis perlu dirujuk ke mahkamah – Hanipa

Krisis Perlis perlu dirujuk ke mahkamah – Hanipa - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Krisis Perlis perlu dirujuk ke mahkamah – Hanipa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Krisis Perlis perlu dirujuk ke mahkamah – Hanipa
link : Krisis Perlis perlu dirujuk ke mahkamah – Hanipa

Baca juga


Krisis Perlis perlu dirujuk ke mahkamah – Hanipa

MALAYSIAKINI

   

Krisis menteri besar Perlis perlu dibawa ke mahkamah, kata pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipai Maidin.

“Jika saya boleh syorkan, saya cadangkan kes ini dibawa ke mahkamah.

“Bagi saya, 'the proper remedy' adalah kena pohon perintah deklarasi dan perintah 'writ of quo warranto' melalui semakan kehakiman macam kes Perak dulu,” kata peguam itu.

Writ quo warranto mensyaratkan mereka yang dinamakan perlu menunjukkan atas waran apa mereka memegang sesuatu jawatan itu.

Kesemua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perlis hari ini memulaukan istiadat angkat sumpah Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man kerana mahukan Datuk Ismail Kassim, adik Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan, dilantik ke jawatan itu.

Murka dengan tindakan itu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah baginda menolak Ismail kerana tidak mahu seorang menteri besar boneka yang dikawal pihak lain, merujuk kepada Shahidan.

Shahidan dalam sidang media di Kuala Lumpur turut menuntut BN memecat Azlan kerana melanggar keputusan parti dan mengisytiharkan bekas diplomat itu sebagai ADUN bebas.

Dalam tulisan di Facebook hari ini, Hanipa berkata kedua-dua pandangan Raja Perlis dan Shahidan mempunyai merit.

“Pengerusi BN, bagi saya, yang saya faham, lebih mahukan prinsip raja berperlembagaan dikekalkan.

“YM Raja Perlis pula, yang saya faham, mahukan seorang MB yang benar benar bebas (truly independent),” katanya.

Hanipa bagaimanapun sempat menyindir sama ada keadaan di Perlis itu sebenarnya "karma" terhadap kes di Perak apabila BN mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Rakyat pada 2009.

“Kes Perak dulu kini berulang?” soalnya.

Ismail disokong kesemua sembilan ADUN BN, sekali gus membentuk majoriti dalam Dewan Undagan Negeri (DUN).

Lima lagi kerusi dimenangi oleh PKR dan PAS – penguasaan terbesar pembangkang sejak pemerintahan 60 tahun BN di negeri itu.

Perlis hanya mempunyai 15 kerusi DUN.

Ia antara tiga kerajaan negeri yang masih diperintah BN, selain Pahang dan Sarawak.




Demikianlah Artikel Krisis Perlis perlu dirujuk ke mahkamah – Hanipa

Sekianlah artikel Krisis Perlis perlu dirujuk ke mahkamah – Hanipa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Krisis Perlis perlu dirujuk ke mahkamah – Hanipa dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/krisis-perlis-perlu-dirujuk-ke-mahkamah.html

Subscribe to receive free email updates: