Judul : Ku Nan: Saya bukan pencuri, harta tak bertambah selepas sertai politik
link : Ku Nan: Saya bukan pencuri, harta tak bertambah selepas sertai politik
Ku Nan: Saya bukan pencuri, harta tak bertambah selepas sertai politik
Setiausaha agung BN itu berkata, kekayaannya datang daripada perniagaan sebelum menyertai politik dan hartanya semakin berkurangan setiap tahun kerana digunakan untuk membantu rakyat.
Setiausaha agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, beliau pernah diisytiharkan antara orang terkaya di Malaysia pada 1992 dan hartanya semakin berkurangan setiap tahun kerana digunakan untuk membantu rakyat.
“Menceburi politik tidak menambahkan harta saya sebagaimana dakwaan Tun, sebaliknya ia semakin berkurangan.
“Biarpun nilai harta saya semakin berkurangan saban tahun, namun saya gembira dapat membantu rakyat dengan duit yang saya ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Dr Mahathir dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya mendakwa Tengku Adnan ialah pencuri dan pernah menghubunginya selepas tidak dilantik sebagai menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, beliau digugurkan daripada Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi, tetapi dilantik sebagai menteri pada zaman pentadbiran Najib.
“Hakikatnya, saya telah digugurkan menjadi menteri oleh Tun Abdullah. Saya telah menjawat jawatan menteri ini pada zaman Datuk Seri Najib. Ini adalah satu pembohongan yang besar.”
Ku Nan turut mengingatkan bekas perdana menteriitu mengenai usaha mempertahankannya daripada pejuang Reformasi pada 1998 selepas memecat timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sudahkah Tun lupa, waktu Tun susah saya menyumbang tenaga mempertahankan Tun dari serangan reformasi. Tun lupakah jasa saya ketika itu? Saya telah berpihak kepada Tun walhal antara Tun dengan Anwar Ibrahim, Anwar lebih banyak sumbangannya dalam perniagaan saya.
“Tun menggunakan saya sebagai bahan propaganda, namun sesungguhnya apa yang Tun lakukan hanya membuka aib Tun sendiri. Sudah-sudahlah Tun, jangan mudah lupa, jangan perguna rakyat, jangan rosakkan bangsa, jangan binasakan negara.”
Ku Nan yang juga menteri Wilayah Persekutuan menasihatkan pengerusi PH itu supaya tidak berbohong dan memfitnah ketika berpolitik.
“Jika Tun yakin dengan perjuangan Tun ketika ini, lakukanlah dengan berpaksikan kepada kebenaran tanpa melakukan fitnah demi fitnah terhadap pihak lain.”
Katanya, bekas perdana menteri itu tidak perlu menulis surat terbuka kepada orang ramai, khasnya ahli Umno untuk merayu sokongan mereka, jika beliau yakin dapat memenangi pilihan raya umum ke-14.
“Bukankah lebih elok jika Tun membuat surat terbuka kepada anggota PKR yang Tun tandingi bagi memohon maaf atas reformasi yang dilakukan berpunca dari keputusan Tun dahulu?” soalnya.
Demikianlah Artikel Ku Nan: Saya bukan pencuri, harta tak bertambah selepas sertai politik
Sekianlah artikel Ku Nan: Saya bukan pencuri, harta tak bertambah selepas sertai politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ku Nan: Saya bukan pencuri, harta tak bertambah selepas sertai politik dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/ku-nan-saya-bukan-pencuri-harta-tak.html