Mampukah rasa tidak puas hati Melayu cetus tsunami (bhgn 2)

Mampukah rasa tidak puas hati Melayu cetus tsunami (bhgn 2) - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mampukah rasa tidak puas hati Melayu cetus tsunami (bhgn 2), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mampukah rasa tidak puas hati Melayu cetus tsunami (bhgn 2)
link : Mampukah rasa tidak puas hati Melayu cetus tsunami (bhgn 2)

Baca juga


Mampukah rasa tidak puas hati Melayu cetus tsunami (bhgn 2)

Pasukan Malaysiakini
 
   

Jelas faktor undi Melayu akan menjadi penentu dalam pilihan raya kali ini. Ia juga menjadi antara faktor utama pembangkang gagal menewaskan BN pada PRU ke-13.

Maka tidak hairan kali ini kita dapat melihat HARAPAN memberi tumpuan utama terhadap segmen pengundi itu, terutama di luar bandar dan perkampungan Melayu.

Dalam bahagian pertama, Malaysiakini menyorot faktor sokongan Melayu di negeri pantai barat seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Dalam bahagian ini, Malaysiakini memberi tumpuan kepada beberapa negeri lagi, antaranya Kedah dan Perak.

Tiada calon MB HARAPAN

Pada umumnya, PAS berada dalam kedudukan yang lemah di negeri-negeri selatan, tetapi kekuatannya meningkat di Perak dan semakin mengukuh di arah utara.

Dalam tinjauan pendapat di Felda Gunung Besout 1, Tanjung Malim, ramai yang mengakui mereka akan kekal bersama BN tetapi ada juga yang mahu beralih tetapi berpecah antara HARAPAN dan PAS.

"Saya tidak menyokong BN kerana saya tidak melihat banyak perubahan mereka tetapi saya juga tidak mempercayai DAP dan Mahathir, jadi saya akan mengundi PAS kali ini," kata Zainal, 36 tahun.

Seorang lagi pengundi berkata beliau akan tetap bersama PAS.




Walau bagaimanapun, dua pengundi generasi kedua Felda berkata, mereka akan beralih dari BN ke HARAPAN pada pilihan raya umum ini kerana kenaikan kos sara hidup.

Di peringkat parlimen, BN memenangi 70.6 peratus daripada 2,439 undi di Felda Gunung Besout 1 semasa pilihan raya umum lalu.

Bagi pengundi di kubu kuat BN, ketidakpastian tanpa menamakan calon menteri besar Melayu, yang berlaku selepas Pakatan Rakyat menang pada 2008, masih segar dalam ingatan mereka. Idea DAP diberi jawatan menteri besar juga menakutkan mereka.

Semua 12 kerusi parlimen yang dimenangi BN di Perak adalah di bawah majoriti 8,000 undi, lima daripadanya di bawah majoriti 4,000 undi.

Di peringkat negeri, pembangkang hanya kekurangan dua kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya umum yang lalu tetapi kali ini, ia harus dilakukan tanpa PAS yang sebelum ini memenangi lima kerusi negeri.

Tiga pemain di Kedah

Di Kedah, isu yang menyebabkan peralihan sokongan antara PAS dan HARAPAN berkisar faktor Islam, kerjasama dengan Umno dan kemampuan untuk menubuhkan kerajaan, manakala BN kehilangan pengundi disebabkan faktor Mahathir-Mukhriz, Najib yang tidak popular serta kenaikan kos sara hidup.

Sementara PAS boleh diabaikan di negeri-negeri Selatan dan boleh menjadi "pengganggu" di Perak, parti itu mempunyai kedudukan kukuh di Kedah.

Untuk rekod, PAS pernah menawan negeri itu pada 2008 walaupun dengan bantuan PKR dan DAP ketika itu.

Negeri itu mempunyai jaringan sekolah pondok yang luas dan jaringan itu dikawal PAS.

Peniaga Zakri Said, 48, berkata kebanyakan penduduk kampungnya - Kampung Sungai Baru - di Pendang akan kekal menyokong PAS. Seperti ramai yang lain, dia turut tidak berpuas hati dengan GST dan dakwaan sekitar keluarga Najib.




Kampung itu terletak dalam pusat daerah mengundi Junun. Pada PRU lalu, PAS mendapat 68.8 peratus undi di situ tetapi tidak jelas sebanyak mana peratusan itu hasil sumbangan bekas rakan partinya.

Zakri mengakui dakwaan kerjasama PAS dengan Umno menyebabkan perpecahan sokongan di kalangan anggotanya, tetapi dia yakin penjelasan kepimpinan parti telah berjaya memadam keraguan.

Namun ada juga yang meninggalkan PAS untuk menyokong HARAPAN, misalnya Hadi, petani berusia 32 tahun: PAS sokong Umno dan jika kita undi PAS, mereka tak akan menang (peringkat persekutuan)."

Dia berkata keputusan itu juga atas faktor ekonomi.

Pemuda yang berasal dari Kampung Belat, Pendang, itu bagaimanapun berkata sejumlah pengundi tua kekal sama ada bersama PAS.

Begitu juga dengan BN - beliau berkata penyokong yang berusia kekal bersama parti pemerintah itu manakala orang muda sama ada berhijrah kepada HARAPAN atau PAS.

Mohd Nazmi, 32, pula berkata dia akan mengundi HARAPAN di peringkat DUN dan PAS di peringkat Parlimen.




Sementara itu, seorang jurukempen BN berusia 30-an yang enggan dinamakan berkata dia akan mengundi HARAPAN kerana menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang pernah mentadbir negeri itu sebelum disingkir pada 2016.

"Saya tak berani cakap...mesti kamu faham, dari gaya percakapan saya mungkin (akan undi) HARAPAN...Mukhriz menteri besar yang bagus.

"Ramai kawan saya yang berkempen (untuk BN) juga berbuat demikian untuk membantu calon (BN), bukannya meyakinkan pengundi," katanya.

Mahathir juga menambahkan lagi kekuatan HARAPAN di Kedah - yang diketuai anaknya Mukhriz - dengan bertanding di Langkawi.

Masalah BN di negeri itu memanfaatkan HARAPAN dan PAS yang akhirnya mewujudkan kebuntuan "tiga penjuru". Ia hanya akan dipecahkan oleh pengundi atas pagar Melayu dan bukan Melayu.

Di Perlis pula, yang hanya memiliki tiga kerusi parlimen, ada tanda-tanda pemberontakan tetapi BN dijangka dapat menanganinya.

Negeri HARAPAN dan pantai timur

Di Selangor, sokongan asas HARAPAN yang kuat dijangka akan membantu mengekalkan gabungan itu sebagai kerajaan negeri, tetapi ia tetap berdepan kesan kehilangan PAS terutama di kerusi marjinal majoriti Melayu.

Ahad lalu, Mahathir menamatkan kempennya di Selangor menerusi perhimpunan besar dengan 10,000 kehadiran di Gombak - salah satu kubu kuat PAS di negeri itu.




Di Pulau Pinang, sentimen anti-kerajaan yang kuat akan memberikan kemenangan selesa kepada HARAPAN.

Di Terengganu, HARAPAN bergelut sejak hari pertama kempen. Ia dapat dilihat dengan perbezaan jumlah penyokongnya berbanding PAS dan BN di hari penamaan calon.

PAS pula berdepan dua faktor - perpecahan sebelum ini yang melahirkan AMANAH dan perbezaan yang semakin kurang antaranya dengan Umno. Ini memberikan kelebihan kepada BN.




Begitu juga di Kelantan, HARAPAN dilihat bukan pilihan utama berbanding PAS dan BN. Namun dengan kehadiran Nik Omar Nik Abdul Aziz, apatah lagi sebagai calon menteri besar, ia telah melonjakkan kedudukan mereka.

Ia mencetuskan semacam panik dalam PAS, yang menggunakan jenteranya untuk menyerang anak kedua allayarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Berdepan kekuatan PAS di Kelantan, HARAPAN bergantung kepada Nik Omar sebagai pertaruhan utama, dan juga perantau untuk pulang mengundi mereka.

Walaupun dua faktor ini cukup kuat sehingga mampu menjejaskan PAS, ia dilihat tidak cukup untuk membolehkannya menawan negeri itu. Maka BN mungkin menjadi pihak yang mendapat manfaatnya.

Semuanya akan ditentukan esok. Peratusan pengundi, terutama pengundi luar dan muda, akan memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan pilihan raya kali ini.

Baca: Mampukah rasa tidak puas hati Melayu cetus tsunami (bhgn 1)




Demikianlah Artikel Mampukah rasa tidak puas hati Melayu cetus tsunami (bhgn 2)

Sekianlah artikel Mampukah rasa tidak puas hati Melayu cetus tsunami (bhgn 2) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mampukah rasa tidak puas hati Melayu cetus tsunami (bhgn 2) dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/mampukah-rasa-tidak-puas-hati-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :